CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Johor] Ibu hanya tinggal RM2 untuk beli telur

[Copy link]
Post time 4-3-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Pasir Gudang: "Sudah empat hari kami tidak makan nasi, bekalan susu adik juga sudah habis hingga dia hanya meminum air suam, manakala bekalan elektrik sudah dipotong sejak kelmarin."

Begitu kata seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang bertanggungjawab menjaga tiga adik perempuan ketika ibu mereka keluar dari rumah mereka di Flet Taman Air Biru, di sini.

Remaja itu berkata, dia bersama adik-adiknya kini mengharapkan ihsan jiran-jiran ketika ibu mereka keluar bekerja dan hanya pulang beberapa hari sekali ke rumah.

Menurutnya, dia bersama dua adik perempuan berusia 11 dan sembilan tahun juga kadang kala akan ponteng sekolah kerana perlu menjaga seorang lagi adik mereka berusia lima tahun.

"Dua adik perempuan membantu saya menjaga adik secara bergilir-gilir kerana ibu tidak pulang ke rumah beberapa hari sekiranya keluar bekerja.

"Empat hari lalu ibu hanya tinggalkan RM2 untuk kami bagi membeli telur, namun bekalan beras dan barangan lain sudah habis," katanya.

Terdahulu, empat beradik itu menerima kunjungan Presiden Permata Baiduri Malaysia, Faridah Hamzah untuk mengetahui kisah mereka selepas menerima maklumat.

Menurutnya, selain terputus bekalan makanan, adiknya juga kehabisan susu hingga kerap menangis kelaparan.

"Apabila berdepan situasi berkenaan, kami hanya mampu memujuk dan memberikan air suam kepadanya yang juga menghidap penyakit sawan sejak bayi.

"Kesan daripada sakit sawan, adik juga mengalami masalah pertuturan selain badannya lemah termasuk tidak mampu berjalan secara normal," katanya yang mempunyai empat beradik lain yang dijaga keluarga kenalan ibu mereka.

Katanya, mereka juga bergantung kepada cahaya lilin pada waktu malam kerana bekalan elektrik sudah dipotong kelmarin kerana mempunyai tunggakan RM1,000.

"Saya kini buntu dan pada masa sama memang bimbang keselamatan adik-adik hingga tidak keluar rumah," katanya.

Sementara itu, jiran keluarga berkenaan dikenali sebagai Abu, 60-an, berkata masalah yang dialami empat beradik berkenaan bukan perkara baru, malah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk lain.

Menurutnya, berikutan itu penduduk berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mengambil tindakan bersesuaian dengan segera sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Kami pernah menasihati ibu mereka, namun wanita berkenaan tidak mempedulikannya. Kami juga cuba mengesan waris mereka yang lain, tetapi gagal.

"Kanak-kanak berkenaan adalah mangsa pengabaian tanpa pengawasan keluarga dan keadaan rumah mereka juga amat kotor dan dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit.

"Kami bersimpati dengan nasib keadaan kanak-kanak berkenaan dan harap ada sinar baharu buat mereka," katanya.

Dalam pada itu, JKM difahamkan dijangka mengunjungi empat beradik itu untuk membantu mereka, petang ini.


KEADAAN empat beradik yang serba kekurangan di flat di Pasir Gudang. FOTO Mary Victoria Dass

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -beli-telur-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042548 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list