View: 399|Reply: 1
|
[Terengganu]
Berang suami tak pulang, wanita serang madu, rosakkan kereta suami
[Copy link]
|
|
Kemaman : Wanita menyerang madunya selepas merosakkan kereta dan motosikal milik suaminya di Gong Pauh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian 2.15 petang itu, suspek, 28, itu dipercayai berindak demikian kerana berang terhadap suaminya yang sudah dua hari tidak pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menceroboh masuk perkarangan kediaman pengadu dan terus merosakkan motosikal dan kereta milik suami pengadu.
Menurutnya, berikutan itu berlaku pertengkaran mulut antara pengadu, 34, dengan suspek sebelum berlaku pergelutan di antara merek.
"Ketika kejadian pengadu bersama seorang anaknya berusia lapan tahun dan kesan pergelutan itu menyebabkan pengadu luka pada jari tangan kanan.
"Suspek kemudiannya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk membuat laporan," katanya.
Hanyan berkata, suspek memecahkan cermin hadapan dan belakang kereta milik suami pengadu menggunakan bakul mengisi buah.
"Suspek datang ke rumah pengadu bertujuan mencari suaminya kerana tidak pulang ke rumah selama dua hari.
"Suspek juga ada bertanyakan kepada pengadu samaada pengadu mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin dengan adik suspek," katanya
Katanya, suspek dipercayai masih belum disahkan bercerai dengan suaminya melalui Mahkamah Syariah.
"Pengadu juga mendakwa suspek turut merosakkan kereta jenis BMW miliknya.
"Suspek juga datang ke Balai Polis untuk membuat laporan dan polis kemudiannya menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sakkan-kereta-suami |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham knp perempuan, yg bermadu, serang madu, x serang suami? padahal yg jahat nya laki dia? patut yg kena ganyang si somi tu lerw...
takut sgt nk sentuh laki tu.. pahtu up kt tiktok, laki dia baek.. bluekkk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|