CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1919|Reply: 3

Diburu paparazi, Saif, Kareena hilang sabar

[Copy link]
Post time 7-3-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

SAIF ALI KHAN dan isteri Kareena Kapoor.

Diburu paparazi, Saif, Kareena hilang sabar

DIKEJAR paparazi pada pukul 2 pagi di dalam kawasan kediaman sendiri membuatkan aktor, Saif Ali Khan hilang sabar hingga menyindir mereka supaya mengikutinya dan isteri, Kareena Kapoor ke bilik tidur.

Selepas kejadian tersebut, timbul pula khabar angin mengatakan pengawal keselamatan yang bertugas di perumahan elit didiaminya dibuang kerja gara-gara membenarkan paparazi memasuki kawasan tersebut.

Malah tercetus pula gosip pelakon berusia 52 itu sudah membuat laporan polis terhadap paparazi atas tuduhan mencerobohi kawasan rumahnya.

Tidak menunggu lama, Saif menepis segala spekulasi yang disifatkan mengarut sama ada membabitkan pengawal keselamatan, mahupun tindakan saman.

Katanya, dia tidak menyalahkan sesiapa pun ketika paparazi mengekori hingga mencerobohi ruang privasi, malah tidak mungkin dia menggunakan tindakan undang-undang untuk menahan media melakukan kerja.

Akui bapa empat anak itu, selama ini dia memberikan kerjasama baik, cuma berasa tidak wajar apabila paparazi bertindak mengikutinya hingga ke rumah selain turut berada di sekolah anaknya, Taimur Ali Khan.

Saif berharap isu tersebut tidak disensasikan dan berharap paparazi juga menghormati privasi keluarga serta kediaman orang lain.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... reena-hilang-sabar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 11:59 AM | Show all posts
melampau paparazi pun sampai pukul 2pagi. tak tidur demi sebuah konten ya
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang sampai ada di sekolah anak tu tak patut la...anak dia tak minta dpt bapak selebriti pun...biarlah dia membesar leklok sebelum diexpose dunia media sensasi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyooo. Yenadei. Obses sungguh. Sampai sekolah anak tu semua prent akan takut. X yah tunggu jd selebriti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.430432 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list