CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 0

[Terengganu] 'Hari-hari dia memancing'

[Copy link]
Post time 7-3-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: "Tidak perlu lagi ke sungai atau kolam pancing berbayar, sekiranya gian mahu memancing hanya pergi ke belakang rumah," kata Mamat Ali, 70, dari Kampung Belukar Bukit, dekat sini.

Menurutnya, walaupun hidup dalam suasana kampung dan ada sungai berdekatan rumah, tetapi dia tetap bina kolam pancing di belakang kediamannya.

Katanya, kolam pancing yang dibina enam tahun lalu berukuran 30 meter panjang dan 15 meter lebar menjadi tempat isteri, Khatijah Hamid, 54, memancing hampir setiap hari sebagai hobi.

"Hampir setiap hari, isteri saya yang gemar memancing menghabiskan masa di kolam berkenaan," katanya yang mempunyai tujuh anak dan 12 cucu.

Menurutnya, selain memudahkan isteri 'melayan' hobi memancing, kolam berkenaan diibaratkan pengikat tali kekeluargaan kerana anak dan cucunya turut gemar menghabiskan masa memancing bersama apabila bertandang.



KHATIJAH mengisi masa terluang dengan aktiviti memancing dengan ditemani suaminya, Mamat.

Katanya, ketika siap dibina saya melepaskan 4,000 ikan talapia dan 2,000 ikan patin ke kolam berkenaan namun banjir besar pada Februari tahun lalu menyebabkan sebahagian ikan terlepas.

"Ikan dipancing sekiranya tidak dimakan dilepaskan semula ke dalam kolam.

"Walaupun saya tidak minat memancing, namun kolam dibina amat bermanfaat buat ahli keluarga terutama kepada isteri.

"Saya tak sangka isteri minat memancing kerana selepas siap kolam berkenaan kolam itu menjadi tempat wajib baginya memancing setiap hari.

"Sekurang-kurangnya dia (isteri) tidak sunyi ketika berada di rumah kerana ada aktiviti dilakukan dan tidak perlu ke sungai untuk memancing" katanya.

Menurutnya, bahagian beranda yang menghubungkan dapur rumah dijadikan tempat istirehat seolah-olah berada di kolam pancing berbayar.



KOLAM pancing yang dibina dekat beranda yang menghubungkan dapur rumah turut menjadi tempat istirahat Mamat sekeluarga.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-memancing-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.904134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list