CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 0

[Terengganu] 'Masih untung walaupun jual RM1'

[Copy link]
Post time 7-3-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Marang: Walaupun dengan kenaikan kos harga barangan, pasangan suami isteri mampu menjual nasi lemak dengan harga serendah RM1 sebungkus.

Nor Izatul Asilah Ismail, 33, dari Kampung Rawai, di sini berkata, setiap hari dia menyediakan kira-kira 400 hingga 600 bungkus nasi lemak sehari yang diusahakan sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, kemahiran bekerja sebagai tukang masak di Manjung, Perak sebelum ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam menyediakan nasi lemak yang dijualnya.

Katanya, dia bersama suaminya, Megat Mohd Saiful Rahmat Zaaba, 36, mengambil keputusan untuk pulang ke Terengganu, berikutan kedua orang tuanya sudah tidak sihat dan memerlukan penjagaan.

"Suami saya juga seorang tukang masak dan kemahiran yang ada kami gunakan untuk berniaga secara kecil-kecilan.

"Idea untuk menjual nasi lemak RM1 ini timbul apabila saya dimasukkan ke wad selama sebulan hingga timbul kekangan kewangan," katanya yang menjalankan perniagaan di Pekan Bukit Payung, dekat sini.

Menurutnya, dia menjual nasi lemak siap dibungkus berlauk ikan, bilis, kerang, udang, sotong dan ayam.

Katanya, dia membuka gerai seawal 6.45 pagi sehinggalah habis nasi lemak yang dijual dan paling awal dia menutup gerainya pada 8 pagi dan paling lewat pada 10 pagi.

Nor Izatul berkata, pada musim cuti sekolah ini dia terpaksa mengupah dua orang pekerja sambilan untuk membungkus nasi lemak untuk dijual.



MEGAT Mohd Saiful menunjukkan nasi lemak RM1 yang dijualnya di Pekan Bukit Payong. FOTO Nazdy Harun

Suaminya, Megat Mohd berkata, walaupun kos harga barangan meningkat namun dia akan terus mengekalkan harga RM1 bagi setiap bungkus nasi lemak yang dijualnya.

"Niat kami ingin membantu orang ramai untuk mendapatkan hidangan nasi lemak mampu milik dan kami terjemahkan dengan menjualnya dengan harga RM1.

"Alhamdulillah, walaupun dijual dengan harga RM1 namun masih ada untung walaupun sedikit selain dapat membayar upah pekerja yang membantu membungkus nasi lemak pada musim cuti," katanya.

Pelanggannya, Noor Hashimah Abdullah, 24, berkata, walaupun dijual dengan harga RM1 namun berbaloi beli nasi lemak dijual pasangan berkenaan kerana setiap bungkus mempunyai lauk berbeza.

"Contoh, kalau nak makan lauk sotong dan ikan kita boleh membeli dua bungkus dengan harga RM2 yang dilihat masih rendah namun dengan dua bungkus nasi lemak ini sudah dapat mengenyangkan.

"Setidak-tidaknya, untuk makan pagi saya sudah dapat menjimatkan wang jika dibandingkan dengan sepinggan nasi lemak yang dijual dengan harga RM4," katanya.

Seorang lagi pelanggan, Mohd Rosdi Hamzah, 31, berkata, sebagai pengguna dia menyokong langkah yang diambil peniaga berkenaan kerana menjual makanan dengan harga mampu beli.

"Ya...kami faham kenaikan harga barangan mengakibatkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan namun bagi saya sebagai pengguna harus bijak memilih untuk mendapatkan makanan dengan harga berpatutan." katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-jual-rm1-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.610528 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list