View: 1224|Reply: 0
|
[Kelantan]
Lelaki ditahan bersama minyak masak bernilai RM17,860
[Copy link]
|
|
SEBANYAK 7,140kg minyak masak bersubsidi dianggarkan bernilai RM17,860 dirampas di sebuah rumah di Kampung Jal Kechik di sini. FOTO ihsan KPDN
Tumpat: Sebanyak 7,140 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dirampas di sebuah rumah di Kampung Jal Kechik di sini.
Turut ditahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemilik barangan yang disimpan tanpa kebenaran itu.
Serbuan dilakukan jam 4.30 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Pasir Mas yang sedang membuat rondaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Pasir Mas Suhaimi Abas berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai aktiviti penyimpanan itu sebelum serbuan dilakukan.
"Pemeriksaan lanjut dalam rumah itu menemui 7,140 kg minyak masak bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM17,860 yang disimpan tanpa kebenaran.
"Lelaki itu bagaimanapun menafikan barangan kawalan itu untuk tujuan penyeludupan sebaliknya akan dibekalkan kepada peruncit sekitar Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
"Pemerhatian sudah dilakukan oleh anggota beberapa hari sebelum ini yang mendapati berlaku pergerakan pemindahan minyak masak itu," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.
Suhaimi berkata, semua minyak masak yang disimpan itu bukan dari Kelantan tetapi sekitar Lembah Klang dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-bernilai-rm17860 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|