|
MOHAMAD Hamizan menunjukkan pelupusaan al-Quran di Pusat Pelupusan al-Quran dan ayat suci di Masjid Taman Yayasan. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Pejabat Kadi Daerah membuka dua pusat pandu lalu pengumpulan naskhah al-Quran serta buku agama yang musnah akibat banjir baru-baru ini.
Kadi Segamat, Mohamad Hamizan Sayuti berkata, Masjid Labis dan Masjid Bandar Segamat dipilih bagi melaksanakan tanggungjawab itu.
Katanya, banjir besar yang melanda mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda, termasuk naskhah al-Quran dan buku agama di masjid, surau, sekolah, pusat tahfiz dan rumah penduduk.
"Orang ramai boleh menghantar al-Quran dan buku agama yang rosak ke masjid berkenaan tanpa dikenakan sebarang bayaran," katanya ketika ditemui di Pusat Pelupusan al-Quran di Masjid Taman Yayasan Segamat, di sini, hari ini.
Katanya, aktiviti pelupusan itu diadakan secara berkala jika terdapat permintaan daripada penduduk serta keperluan semasa.
"Pejabat Kadi akan bekerjasama dengan petugas di lokasi pengumpulan bagi menguruskan pengangkutan semua naskhah itu sehingga ke pusat proses pelupusan dilaksanakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rosak-akibat-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|