CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4173|Reply: 0

[Johor] Peniaga rugi RM300,000, stok baju raya terjejas banjir

[Copy link]
Post time 7-3-2023 05:35 PM | Show all posts |Read mode

NOOR SHAFINA NAIM menunjukkan pakaian yang terjejas akibat banjir yang melanda kedai pakaian milik bapanya di Kota Tinggi.



KOTA TINGGI: Seorang peniaga di Jalan Niaga 9, di sini menanggung kerugian kira-kira RM300,000 selepas kedai pakaian termasuk stok baju raya yang telah tiba rosak akibat banjir.

Noor Shafina Naim, 21, berkata, ekoran banjir yang berlaku ratusan helai pakaian seperti baju kurung, kain pasang dan baju Melayu terendam air banjir yang melanda kedai milik bapanya itu sehingga paras pinggang.

“Ada stok baju raya sudah masuk ke kedai kami dan telah rosak akibat banjir. Baju yang terjejas ini terpaksalah kami jual dengan harga rendah kerana sudah tidak boleh disimpan. Mungkin kami akan buat ‘lelong’ dan kami masih lagi kemas kedai kerana kedai baru dapat dibuka selepas banjir reda. Biasanya harga yang kami tawarkan serendah RM10.

“Kita akan lelong baju yang terkena banjir ini sampai habis dan menjual stok yang terselamat untuk puasa nanti. Tambahan pula terlalu hampir Ramadan jika hendak ‘push’ tukang jahit pun sudah tidak sempat,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, banjir pernah melanda kedainya pada tahun lepas, namun kali ini kerugian yang ditanggung lebih banyak.

“Banjir tahun lalu tidak sampai paras pinggang, barang masih selamat walaupun di tempat tinggi. Banjir kali ini memang tak sangka, lepas dapat maklumat pada Rabu air akan naik, kami sempat naikkan stok baju sedikit di tempat tinggi.

“Selebihnya hanya reda bila air memasuki kedai. Kami memang hari-hari datang ke kedai pantau ketinggian air selama empat hari banjir ini. Hari ini barulah kami dapat membuka dan membersihkan kedai,” katanya.

Seorang lagi peniaga kedai baju muslimah, Noriah Abd. Rahman, 40, sempat menyelamatkan stok baju raya namun ada juga sebahagiannya yang terjejas.

Dia mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM100,000 tidak termasuk bahagian kaki lima kedainya yang pecah akibat arus deras banjir.

“Kami sempat angkat baju-baju ke tempat tinggi, namun ada juga yang terendam air selepas terjatuh. Banjir kali ini juga menyebabkan kaki lima kedai kami rosak mungkin kerana arus air.

“Apabila keadaan macam ini, tak berani hendak buka kedai kerana bimbang keselamatan pelanggan. Kita harap sangat pihak Majlis Daerah Kota Tinggi dapat bantu baiki kaki lima yang rosak ini dan jika perlu keluarkan modal lagi untuk betulkan kaki lima ini amat membebankan kami,” katanya yang turut melakukan jualan lelong baju banjir. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... ya-terjejas-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055712 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list