CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2633|Reply: 0

[Johor] Tidur dalam bot, kereta demi selamatkan mangsa banjir

[Copy link]
Post time 8-3-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Hanafi (kanan) dan Razali (belakang) memastikan keselamatan penumpang dalam proses membawa penduduk keluar dari kawasan banjir di Parit Warijo. FOTO Omar Ahmad

Batu Pahat: "Saya dan rakan hanya balik untuk mandi dan tukar baju, malah pada hari pertama dan kedua banjir di Sri Medan pada Rabu dan Khamis lalu, kami hanya melelapkan mata di dalam kereta dan bot saja."

Demikian pengorbanan petugas Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Mohd Hanafi Abdullah, 43, dan Razali Idris, 56, yang diberi tanggungjawab mengendalikan sebuah bot untuk operasi menyelamat bersama agensi penyelamat lain.

Mohd Hanafi yang sudah 20 tahun bertugas di MPBP berkata, dia dan rakan diberi tugasan itu kerana kemahiran mengendalikan bot.

Katanya, lebih 70 penduduk dari Kampung Parit Lapis Simis, Parit Yusof, Parit Nor dan Parit Warijo yang terperangkap di rumah masing-masing berjaya dibawa keluar ke kawasan selamat.

"Cabaran membawa penduduk bukan dari segi mengendalikan bot, tetapi kedegilan segelintir penduduk yang sayang hendak meninggalkan rumah biarpun air sudah mencecah paras pinggang.

"Rata-rata yang tidak mahu keluar ini biasanya warga emas, tidak kira lelaki atau wanita.

"Pengalaman saya banjir kali ini, sukar memujuk pasangan suami isteri warga emas, hampir tiga hari saya berulang ke rumah mereka menaiki bot untuk memujuk berpindah tetapi hampa.

"Akhirnya saya minta bantuan pihak berkuasa dan mereka akur untuk berpindah. Kita hanya mahu mereka selamat, nyawa itu adalah paling berharga berbanding segalanya," katanya ketika ditemui di Kampung Parit Warijo di sini, hari ini.

Sementara itu, Razali berkata, selain berdepan dengan kerenah penduduk, menjadi cabaran menentukan kedudukan bot berada pada jalan yang betul.

Katanya, bot atau lori pasukan penyelamat perlu berada tengah jalan raya kerana bimbang longkang dan tebing tinggi yang memungkinkan berlaku kemalangan.

"Laluan air dalam kampung juga berarus, jadi sekiranya tidak 'mark' tiang lampu atau petanda jalan yang lain bimbang bot terlanggar tembok di bawah atau tunggul sawit yang hanyut.

"Alhamdulillah kepuasan dapat selamatkan penduduk tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atkan-mangsa-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.031471 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list