CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2822|Reply: 0

[Johor] Kualiti air di kelas kedua

[Copy link]
Post time 9-3-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Gudang: Keadaan Sungai Kim Kim yang pernah menjadi tempat pembuangan sisa toksik hingga mengakibatkan pencemaran hingga mengakibatkan ribuan penduduk mengalami masalah kesihatan pada empat tahun lalu kini semakin baik.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (Jas) Negeri Johor Dr Mohd Famey Yusoff berkata, kualiti air Sungai Kim Kim ketika ini juga semakin baik iaitu pada kelas dua berbanding kelas tiga sebelum ini.

Dr Mohd Famey berkata, peningkatan yang dianggap signifikan itu adalah hasil aktiviti penguatkuasaan seperti intipan dan pemantauan di sekitar Pasir Gudang.

Menurut Dr Mohd Famey, akibat kejadian itu, masyarakat juga lebih cakna terhadap isu pencemaran dengan menyalurkan maklumat dengan segera kepada Jas.

Kata Dr Mohd Famey, dalam tempoh empat tahun itu, pihaknya juga pernah menerima aduan berkaitan pencemaran namun ia bersifat pelepasan di punca maknanya di premis sebaliknya bukan pembuangan di tepi sungai.

"Saya berpendapat, penjenayah risau dan ada perasaan takut membuang toksik di tepi-tepi sungai kerana masyarakat kini lebih celik dan prihatin.

"Kami difahamkan, hidupan laut mula membiak di sungai berkenaan selain terdapat memerang," katanya.



DR Mohd Famey (kiri) meninjau keadaan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, semalam.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datuk Asman Shah Abdul Rahman berkata, RM2 juta diperuntukkan bagi tujuan memulihara Sungai Kim Kim (sepanjang 17 kilometer) selepas insiden pencemaran itu.

Asman Shah berkata, satu jawatankuasa kelestarian Sungai Kim Kim ditubuhkan yang dianggotai oleh semua pemain industri selain itu pihak institusi pengajian tinggi (IPT) turut bertindak menggubal Dasar Pelan Tindakan Sungai Kim Kim.

"Isu pencemaran ini perlu pemantauan berterusan kita tahu juga sebagai manusia kita tidak mampu untuk menyelia atau memantau 24 jam atau tujuh hari seminggu.

"MBPG membuat dasar sejak 2021 yang mana kilang-kilang berpotensi di kategori industri berat mereka memasang smart pole.

"Smart pole ini dia akan berfungsi sebagai amaran sekiranya berlaku pencemaran. Kita boleh dapat maklumat berkaitan PH, pencemaran bunyi apa-apa pencemaran bahan kimia menerusi sistem berkenaan," katanya.

Asman berkata, pihaknya juga yakin, sungai berkenaan akan berubah wajah menjadi sungai yang bersih sekali gus menjadi lokasi beriadah masyarakat sekitar dalam tempoh lima tahun akan datang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kelas-kedua-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053675 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list