View: 2946|Reply: 0
|
[Johor]
Konon kena pukau rupanya terpedaya scammer
[Copy link]
|
|
Kulai: Seorang wanita berusia 22 tahun bukan saja menyalahgunakan wang milik syarikat malah tergamak membuat laporan palsu bagi mengaburi perbuatannya.
Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita yang bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta itu mendakwa kehilangan wang RM3,766 dalam kejadian berlaku pada 1.40 tengahari pada 7 Mac lalu di Bandar Indahpura, Kulai di sini.
Menurutnya, wanita itu membuat laporan pada jam 3.10 petang pada hari sama mendakwa dipukau seorang warga emas di sebuah lorong dan kehilangan wang itu.
"Hasil siasatan mendapati keterangan diberikan wanita itu meragukan sebelum dia mengaku membuat laporan polis kerana menggunakan wang syarikat untuk kegunaan peribadi.
"Wanita berkenaan sebenarnya terpedaya dengan scammer dan menggunakan wang syarikat untuk membayar scammer berkenaan.
"Wanita itu membuat laporan polis kerana tidak mampu mengganti rugi wang syarikat," katanya.
Tok Beng berkata, wanita berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-terpedaya-scammer |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|