View: 4224|Reply: 0
|
[Pahang]
Habitat gajah terganggu, timbul konflik gajah dan manusia
[Copy link]
|
|
Penduduk Kampung Gol, Abdul Jamil Awang Mahmud ( kanan) dan Arif Ahmad menunjukkan anak resing yang berjaya dibiakkan di Pusat Konservasi Resing di Kampung Gol, KualaTahan. FOTO ROSELAN AB MALEK.
Jerantut: Konflik gajah dan manusia semakin meningkat berikutan habitat semula jadi dan rayau gajah semakin mengecil kesan arus pembangunan.
Justeru tidak hairanlah kumpulan gajah keluar dari habitat asal untuk mencari makanan ke kawasan kebun dan kediaman manusia sekali gus mencetuskan konflik
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata pihaknya berusaha mengatasinya dengan memastikan keperluan dan kelangsungan habitat hidup gajah dipelihara.
Menurutnya, habitat semulajadi yang terganggu kini bukan sahaja menyebabkan gajah keluar tetapi juga spesis lain seperti tapir, harimau kumbang dan lain-lain.
"PERHILITAN sentiasa bersiapsiaga menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah secara pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) terutama di kawasan laluan gajah seperti di perkampungan Simoi Lama, Lipis.
"Pemasangan pagar eletrik adalah langkah terbaik kerana perangai gajah seperti manusia yang mudah serik dan tidak melalui jalan sama jika pernah terkena kejutan elektrik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Projek Konservasi Resing Berasaskan Komuniti di Kampung Gol, Kuala Tahan, TembelingTengah di sini petang semalam.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara ( UiTM) Proffesor Ts Dr Norazah Abd Rahman.
Abdul Kadir berkata berdasarkan rekod PERHILITAN, sebanyak 3,325 aduan konflik manusia dan gajah dilaporkan bagi tempoh 2015 hingga 2021, manakala bagi Januari hingga Jun 2022, sebanyak 435 aduan serupa dilaporkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-gajah-dan-manusia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|