CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5663|Reply: 0

[Pahang] Remaja hilang ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 12-3-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kuantan: Remaja lelaki yang didakwa hilang selepas dihanyutkan ombak semasa mandi di Pantai Cempaka di sini pada Jumaat, ditemukan lemas pada 11.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri, 15, ditemukan oleh orang awam terdampar di Pantai Sepat, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia didakwa hilang.

"Keluarga mangsa mengesahkan identiti mangsa di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

Mangsa yang beralamat di Taman Kempadang Perdana di sini, didakwa hilang semasa dia bersama empat rakan mandi di pantai itu, selepas mereka dipukul ombak dan dihanyutkan ke kawasan agak dalam.

Bagaimanapun, semua rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Semasa kejadian, keadaan pantai didapati berombak tinggi dan air laut pasang selain angin kencang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-ditemukan-lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.104408 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list