CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3346|Reply: 0

[Pahang] Dua wanita rugi RM117,770 terpedaya sindiket penipuan

[Copy link]
Post time 15-3-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Dua wanita masing-masing berusia 31 dan 42 tahun mengalami kerugian sehingga RM117,770 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam dua kes berasingan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohd Yoosuf berkata, kedua kes berkenaan berlaku di Raub pada 14 Februari dan 9 Mac lalu.

"Kes pertama membabitkan mangsa berusia 42 tahun dan bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di hospital kerajaan yang terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

"Mangsa berminat untuk menyertai satu pelaburan 'Bitcoin' yang diiklankan di Facebook dengan menggunakan nama Syarikat Datuk Dr Nazri Khan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian menyertai pakej pelaburan bernilai RM4,500 dengan dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM15,000.

"Suspek meminta bayaran pelepasan cukai dan pertukaran mata wang sehingga mangsa membuat lapan kali transaksi pemindahan wang berjumlah RM79,970 ke lapan akaun bank berbeza.

"Mangsa membuat bayaran berkenaan dengan menggunakan wang simpanan sendiri dan suaminya namun selepas bayaran dibuat, mangsa tidak menerima wang keuntungan seperti dijanjikan," katanya.

Ramli berkata, manakala dalam kejadian lain, seorang suri rumah berusia 31 tahun berputih mata selepas tertipu dengan tawaran pinjaman wang tidak wujud.

"Mangsa sebelum itu melihat iklan tawaran pinjaman wang di internet dan berminat untuk membuat pinjaman dengan syarikat berkenaan sebanyak RM100,000.

"Mangsa diminta untuk membuat pembayaran wang proses dan mangsa berbuat demikian dengan menggunakan wang simpanan sendiri dan suaminya sehingga kerugian RM37,800," katanya.

Katanya, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan penipuan pinjaman tidak wujud selain meminta masyarakat membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima.

"Semakan boleh dibuat dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebaran transaksi," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-sindiket-penipuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042970 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list