View: 5969|Reply: 0
|
Beri ibu hak perah susu badan
[Copy link]
|
|
Beri ibu hak perah susu badan
IBU yang menyusukan anak mengambil masa memerah susu. Wanita boleh tanggung sakit bengkak susu jika susu berlebihan tidak dikeluarkan sehingga menyebabkan anak mereka tidak boleh menyusu.
Kuala Lumpur: Dasar kesamaan jantina membuka banyak peluang untuk kaum wanita meneroka bidang ekonomi serta sosial termasuk peluang perkembangan kerjaya.
Namun bagaimana pula dengan hak untuk golongan wanita bergelar ibu yang menyusukan anak apabila mereka kembali bekerja selepas cuti bersalin dan perlu mengambil masa untuk 'memerah susu'?
Di Malaysia, tidak ada masa diperuntukkan di bawah sebarang undang-undang untuk memberikan masa rehat bagi tujuan berkenaan.
Bagaimanapun, dalam sektor kerajaan dan swasta, ibu yang menyusui anak diketahui akan 'menyelinap' seketika ke satu tempat terlindung untuk 'memerah susu' dan kebanyakan ketua mereka seakan tutup mata untuk memastikan kesejahteraan pekerja mereka serta bayi masing-masing.
Namun, bukanlah semua majikan memahami keperluan wanita yang menyusui anak untuk mengambil sedikit masa untuk 'memerah susu', menyebabkan ramai wanita terpaksa menanggung kesakitan 'bengkak susu kerana susu yang berlebihan tidak dikeluarkan' sehingga anak mereka tidak dapat menikmati susu ibu.
Masa rehat untuk memerah susu adalah masa pekerja yang juga menyusui anak memerah susu dengan bantuan pam. (Susu ini lazimnya disimpan di dalam botol yang diletakkan di dalam peti sejuk dan dibawa pulang apabila habis waktu bekerja untuk diberi kepada bayi mereka.)
Sebagai contoh, di Emiriah Arab Bersatu (UAE), satu undang-undang diluluskan pada tahun 2014 yang memerlukan semua pejabat kerajaan menyediakan kemudahan diperlukan serta waktu memerah susu selama sejam untuk semua ibu menyusui bayi mereka.
Filipina juga mempunyai undang-undang yang sama yang memberikan hak kepada semua ibu yang menyusui bayi waktu rehat minimum 40 minit untuk memerah susu di tempat kerja mereka.
Profesional perubatan serta pihak yang menyokong penyusuan badan yang ditemu bual Bernama menggesa kerajaan memasukkan masa rehat memerah susu ke dalam undang-undang yang berkaitan.
Ini menjadikan sebagai wajib untuk pemberian masa rehat bagi tujuan berkenaan dan memerlukan majikan menyediakan kemudahan bagi pekerja wanita yang menyusui bayi mereka.
Peguam kanan Kitson Foong berkata, untuk mengiktiraf hak ibu bekerja untuk penyusuan badan, kerajaan boleh meminda undang-undang yang ada berkait dengan pekerja seperti Akta Kerja 1955, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta akta atau peraturan lain yang berkatan.
"Pindaan berkenaan juga perlu meletakkan dan/atau mewajibkan majikan menyediakan masa rehat memerah susu dan/atau kemudahan yang diperlukan di pejabat bagi membolehkan ibu bekerja menggunakan hak berkenaan, dan kegagalan untuk mematuhi undang-undang berkenaan boleh menyebabkan tindakan undang-undang, " jelasnya.
Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia perlu menerbitkan garis panduan yang jelas kepada majikan tentang bagaimana mereka perlu memberi ruang kepada amalan penyusuan badan di tempat kerja masing-masing.
Di bawah Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu menyusui bayi mereka digalakkan berbuat demikian sekurang-kurangnya enam bulan. Bagaimanapun, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk kekal menyusui bayi mereka apabila mereka kembali bekerja kerana kurang kemudahan dan masa untuk memerah susu.
Pengarah Urusan Asia Recruit Damien Lim berkata, masa rehat memerah susu perlu diamalkan dalam semua industri, sama ada kerajaan atau swasta.
Peruntukan masa rehat itu, kata beliau, meningkatkan produktiviti pekerja berkenaan memandangkan kesihatan ibu dan bayi mereka yang baharu dilahirkan dilindungi dengan baik.
"Menyediakan masa rehat yang sebegitu serta kemudahan yang berkaitan bukan sahaja membantu mereka yang baharu bergelar ibu tetapi juga meningkatkan kesejahteraan diri mereka.
"Masa rehat sedemikian menjadi tambahan faedah kepada pekerja boleh menaikkan moral mereka serta produktiviti dan mungkin juga mengurangkan berlakunya pekerja yang tidak datang bekerja," tambahnya.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik Prince Court Medical Centre Dr Anna Padmavathy Soosai, majikan perlu menimbangkan masa rehat untuk memerah susu sebagai masa rehat penting ibu yang menyusui bayi memandangkan ini juga menyumbang kepada kesihatan bayi yang baharu lahir.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-perah-susu-badan
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|