CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8270|Reply: 0

[Melaka] Beri alasan main video bola sepak ketika dicekup khalwat di hotel

[Copy link]
Post time 19-3-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Penguat kuasa JAIM memeriksa seorang mekanik dan pasangan yang ditahan kerana berkhalwat. Foto JAIM

Melaka: Seorang pemuda memberi alasan mengajak kekasihnya bermain permainan video bola sepak ketika ditahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) di sebuah bilik hotel di daerah Melaka Tengah, awal pagi semalam.

Mereka antara enam individu berusia 19 hingga 23 tahun membabitkan tiga pasangan yang dicekup penguat kuasa JAIM kerana berkhalwat dalam operasi di empat hotel bermula 11 malam kelmarin hingga 4 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam serta risikan pihaknya.

"Pasangan berusia 23 tahun yang berasal dari Pahang itu mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu bilik hotel selepas diketuk penguat kuasa JAIM ketika pemeriksaan 2.30 pagi.

"Ketika disoal siasat lelaki yang juga mekanik itu mengatakan ingin mengajak pasangannya bermain permainan video bola sepak sebelum kedua-duanya ditahan kerana berkurung di dalam bilik hotel hingga menimbulkan syak tanpa ikatan perkahwinan sah," katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.

Che Sukri berkata, satu lagi pasangan penuntut universiti mendakwa datang dari Johor ke Melaka semata-mata ingin meraikan hari jadi sebelum mendaftar masuk ke hotel.

Katanya, semua pasangan itu ditahan mengikut peruntukan Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

"Tangkapan ini adalah hasil kerjasama Ahli Rakan Setiaku JAIM yang menyalurkan maklumat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... up-khalwat-di-hotel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.476118 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list