CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3712|Reply: 0

[Johor] Sindiket judi dalam talian 'panas', tutup premis

[Copy link]
Post time 20-3-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

PREMIS menjual tambah nilai pra bayar judi dalam talian di Taman Melodies tutup selepas pendedahan media.

Johor Bahru: Premis menjual tambah nilai pra bayar permainan judi dalam talian yang di beberapa kawasan di bandar raya ini menutup operasi selepas pendedahan dibuat akhbar ini Khamis lalu.

Difahamkan, operasi premis berkenaan dihentikan sehari selepas kegiatan mereka yang berselindung di sebalik logo syarikat telekomunikasi terkemuka itu didedahkan media.

Tinjauan di Taman Melodies dan Taman Molek semalam mendapati, premis judi dalam talian itu tutup dipercayai ada kaitan dengan pendedahan media namun tidak dapat dipastikan sama ada premis ini ditutup sementara atau sebaliknya.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Liang, 40-an, berkata dia menyedari premis itu tidak lagi beroperasi sejak Jumaat lalu.

"Operasi premis seperti ini perlu dibanteras habis-habisan dan orang awam perlu laporkan kepada pihak berkuasa supaya tak jadi barah dalam masyarakat.

"Pihak berkuasa lain perlu bergandingan dengan polis supaya tindakan ke atas pemilik premis dapat diambil termasuk memotong bekalan elektrik," katanya.

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan kegiatan judi dalam talian meresahkan penduduk kerana dianggap menjadi punca masalah sosial dan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Polis tidak pernah berhenti melaksanakan operasi bagi membanteras aktiviti perjudian atas talian yang berselindung di sebalik pelbagai premis perniagaan terutama kedai telekomunikasi.

Bermula 1 Januari hingga 18 Mac lalu, polis Kontinjen Johor menjalankan Op Dadu Khas yang menyaksikan sebanyak 324 premis diserbu dan diperiksa manakala 334 orang ditangkap terdiri daripada 329 penjaga premis perjudian dan lima pemain berusia antara 17 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Op Dadu Khas yang dijalankan dengan memberi fokus kepada kegiatan itu dijalankan setiap hari dengan pemeriksaan, tangkapan, rampasan serta pertuduhan di mahkamah dibuat dengan kerap.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -panas-tutup-premis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035484 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list