View: 6333|Reply: 6
|
[DUNIA]
Berpuluh bangkai kucing dalam rumah sewa
[Copy link]
|
|
Berpuluh bangkai kucing dalam rumah sewa
BANGKAI kucing yang ditemui di kondominium. FOTO Persatuan Haiwan Malaysia
Kuala Lumpur: Hobi bunuh dan kumpul berpuluh bangkai kucing di dalam rumah? Persoalan itu timbul susulan penemuan rangka haiwan di rumah sewa milik seorang lelaki di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.
Penganalisa Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu dibongkar susulan aduan penduduk sebuah kondominium berhubung bau busuk di kediaman berkenaan.
Menurutnya, pemilik kediaman yang dihubungi kemudian melakukan pemeriksaan di rumahnya yang disewa seorang lelaki tempatan berusia 30-an pada 11 Mac lalu.
"Difahamkan pemilik rumah berkenaan yang memeriksa rumahnya terkejut apabila menemui berpuluh rangka, organ dan bangkai kucing di dalam kediamannya.
"Malah terdapat anggota badan haiwan yang dikerat-kerat selain daging dikisar lumat di dalam rumah disewanya itu," katanya.
Menurutnya, hasil pemantauan mendapati keadaan dalam rumah sewa itu juga amat teruk dan mengerikan
dengan darah haiwan turut ditemui.
"Terdapat sebuah bilik di kediaman itu turut dipenuhi bangkai haiwan disyaki kucing yang sudah lama mereput," katanya.
Susulan itu satu laporan polis dilakukan pemilik premis kediaman itu di Balai Polis Salak South di sini, pada 13 Mac lalu memandangkan beberapa jiran sudah tidak tahan dengan bau begitu busuk dari dalam rumah sewa berkenaan.
"Malah laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang)
"Walaupun tidak diketahui spesis binatang yang mati itu namun ia disyaki kucing berdasarkan bentuk fizikal dan tulang.
"Aduan sama turut dilaporkan kepada Persatuan Haiwan Malaysia dan sudah dipanjangkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya supaya satu tindakan penyiasatan dapat dijalankan secara komprehensif, segera dan menyeluruh," katanya.
Menurutnya, dakwaan terdapat aktiviti kezaliman haiwan iaitu mematikan kucing dengan secara tragis dan mengerikan ini perlu disahkan serta disiasat.
"Jika benar berlaku unsur kezaliman, Persatuan Haiwan Haiwan Malaysia menuntut pelaku diheret ke mahkamah dan didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ng-dalam-rumah-sewa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kondominium penuh bangkai, daging kucing dikisar dan organ diawet! Polis cari suspek lelaki tempatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar bangkai kucing di dalam sebuah kondominium yang dikongsi di laman Facebook Animal Malaysia.
‘Penyembelih’ kucing perlu diheret ke mahkamah – Animal Malaysia
PETALING JAYA – Sekumpulan pegawai penyiasat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah ke lokasi penemuan puluhan bangkai kucing di sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras hari ini.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Persatuan Animal Malaysia, Presiden, Arie Dwi Andika berkata, pasukan penyiasat tersebut terdiri daripada pegawai penguatkuasa Seksyen Kebajikan Haiwan dan Penguatkuasaan Lembaga Kebajikan Haiwan.
Jelas Arie, pasukan tersebut akan menguruskan penyiasatan dan penguatkuasaan terhadap laporan berkaitan jenayah haiwan yang dilaporkan oleh saksi utama.
“Semoga satu siasatan terperinci dan lengkap dapat dimajukan kepada pendakwa raya dan kes boleh diadili demi keadilan untuk haiwan dan keadilan terhadap manusia.
“Biarlah mahkamah menentukan mengenai kesalahan sama ada ia perbuatan kriminal atau bukan. Animal Malaysia mahukan kes jenayah haiwan ini sampai ke mahkamah dan dibicarakan,” tulisnya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung penemuan bangkai kucing yang disimpan di sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras, pada 11 Mac lalu.
Pada masa sama katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes terbabit.
Sebelum ini, Arie memaklumkan, puluhan bangkai yang dipercayai bangkai kucing disimpan di kondominium terbabit dan perkara itu terbongkar selepas pemilik rumah membuat pemeriksaan.
Kata Arie, terdapat anggota badan haiwan yang dikerat-kerat, selain daging dikisar lumat di dalam kondominum terbabit.-KOSMO! ONLINE.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... ah-animal-malaysia/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
KUALA LUMPUR - Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.
Halijah Ahmad, 63, yang tinggal di tingkat sama dengan suspek berkata, lelaki berusia 31 tahun itu adalah seorang pembersih, pandai menjaga rumah dan turut membela kucing.
"Cuma dalam sebulan dua ini, saya nampak badan dia tiba-tiba susut dan sangat kurus serta macam tidak terurus.
"Sebelum ini saya ada bercakap dengannya dan bertanya kenapa nampak kurus... dia kata dia sakit dan perlu ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Halijah berkata, kira-kira dua minggu selepas itu, dia terhidu bau busuk namun menyangka ia hanyalah bau kulit udang yang tidak dibuang dari sebuah unit yang dijadikan inap desa di tingkat atas rumahnya.
"Justeru, saya laporkan kepada pihak pengurusan dan apabila disiasat di tingkat atas, bau itu tiada... sebenarnya bau itu datang dari bangkai kucing yang terdapat di depan rumah suspek yang diletakkan di dalam sebuah kotak putih,” katanya.
Halijah berkata, pihak pengurusan dan pemilik rumah terbabit kemudian membuat laporan polis.
Seorang lagi saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Din berkata, memang terdapat banyak kucing liar di kawasan kondominium itu namun bilangannya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
"Kalau diikutkan kondominium di sini memang tidak benarkan penghuninya membela haiwan peliharaan tetapi berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ramai penghuni yang mengingkari arahan itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin pula berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas serta telahpun membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.
Pada Jumaat, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman sosial Facebook mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam rumah yang disewa oleh suspek.
MAA turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung penemuan itu.
Presiden MAA Arie Dwi Andika berkata setakat pengetahuan beliau, kes itu adalah yang pertama melibatkan pembunuhan haiwan dalam kuantiti banyak di negara ini. - Bernama
SumbeR:https://www.sinarharian.com.my/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelik dan zalimnya orang yang melakukan jenayah ini |
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. sakit mental? mendadih? psiko betul |
|
|
|
|
|
|
|
makin zalim n pelik org zaman skarang...rmai yg skt sbnrnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|