CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5878|Reply: 2

[Johor] Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha

[Copy link]
Post time 26-3-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode

DR Zaliha melancarkan Kod QR Aduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Putrajaya 2023 Presint 3, semalam. FOTO Bernama

Segamat: Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus membuat langkah pengawasan bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.

Katanya, pengawasan dan pemantauan terutamanya di pintu masuk antarabangsa negara akan diperhebat selain mengikuti perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa.

"Apabila ada berita mengenai virus seperti ini kita akan buat pemantauan khususnya kepada mereka yang datang dari Afrika.

Namun, setakat ini belum ada apa-apa lagi yang dikesan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Mesra Bazar Ramadan 2023 Peringkat Negeri Johor di Bazar Ramadan Sekijang, Taman Utama di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Afrika untuk membuat pemeriksaan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menunjukkan gejala kesihatan yang merosot.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... takat-ini-dr-zaliha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 12:30 PM | Show all posts
Semoga kita sentiasa berjaga-jaga dengan situasi ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2023 04:47 PM | Show all posts
Supersirap replied at 26-3-2023 12:30 PM
Semoga kita sentiasa berjaga-jaga dengan situasi ini

aamiin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.032649 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list