CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5837|Reply: 2

[Terengganu] Pasangan maut nahas 5 kenderaan selepas ziarah kematian abang

[Copy link]
Post time 26-3-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

Antara kenderaan yang terbabit dalam nahas lima kenderaan di Kampung Selamat Sungai Tong, Setiu, semalam. - Foto NSTP/Faizul Azlan Razak

SETIU: Suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan petang semalam dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.

Mangsa, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42, bersama seorang anak yang terselamat dalam nahas itu dikatakan baru pulang menziarah kematian abangnya di Besut.

Sebelum kejadian, mangsa, Habsah sempat memuat naik status terakhir dengan meluahkan perasaan sedih selepas kehilangan abang iparnya di Facebook.



Kiriman terakhir mangsa, Habsah Ismail, 42, yang meninggal dunia bersama suaminya,

"Pergimu dihari dan bulan yang terbaik.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang² yg beriman ...salam takziah buat keluarga kakak ipar...tiada lagi gurau senda...senyum tawa..abg Gie sentiasa dlm kenangan kami...dia selalu akan tunggu kami kalau ke Besut... ya Allah semoga syurgamu untk abang ipar ku..aamiin," katanya menerusi di Facebook.

Difahamkan, pasangan terbabit hanya membawa anak lelaki ke Besut manakala anak sulung dan kedua mereka tidak ikut sama.


Antara kenderaan yang terbabit dalam nahas lima kenderaan di Kampung Selamat Sungai Tong, Setiu, semalam. - Foto NSTP/Faizul Azlan Razak

Semalam sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori di Kilometer (KM) 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, jam 1 tengah hari.

Kemalangan itu juga turut menyebabkan anak pasangan Faizul Azman dan Habsah, Muhammad Daniel Dzulkarnain Faizul Azman, 13, cedera parah di muka.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan dan 16 mangsa dalam sebuah lori, Proton Exora, Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyota Wish.

https://www.bharian.com.my/berit ... arah-kematian-abang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 12:29 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:29 AM | Show all posts
takziah..
tapi namanya habsah ke suriani?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.205365 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list