View: 9442|Reply: 0
|
[Terengganu]
Telur ayam mudah diperolehi, tetapi harga naik - Peniaga
[Copy link]
|
|
PEKERJA menyusun telur ayam untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan di Chabang Tiga. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: "Bekalan telur ayam mencukupi, namun harganya sedikit tinggi berbanding sebelum ini," kata peniaga kuih tradisional Abdul Rasid Mat Ali, 55.
Abdul Rashid dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata sebelum ini telur ayam gred A dibeli pada harga RM13.50 sepapan, namun kini bekalan telur dengan gred sama berharga RM16 bagi setiap papan.
Katanya, dalam pembuatan kuih tradisional seperti nganang, akok, beker nyor dan kuih bakar yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu sememangnya memerlukan bekalan telur yang banyak sebagai bahan asas.
"Saya menggunakan lebih 600 biji telur ayam sehari dan stok telur perlu diperoleh dengan kuantiti banyak bagi memudahkan urusan untuk menghasilkan kuih-muih.
"Bulan Ramadan penggunaan telur akan meningkat kerana setiap hari saya menyediakan kira-kira 120 biji kuih nganang, manakala masing-masing 300 biji akok dan kuih bakar," katanya.
Menurutnya, walaupun berlaku peningkatan harga telur ayam, namun bekalan sumber protein itu masih mudah diperolehi.
Katanya, dia yang dibantu isterinya Azizan Mohd Noor, 42, mendakwa penggunaan telur yang meningkat mengakibatkan berlaku peningkatan harga.
"Maklumlah bulan Ramadan, ramai orang berniaga dan menggunakan telur ayam sebagai salah satu bahan dalam jualan hingga berlaku kenaikan harga.
"Bagaimanapun, saya bersyukur walaupun berlaku krisis telur, tetapi kuih tradisional yang diwarisi daripada ibu mentuanya masih mendapat sambutan menggalakkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -harga-naik-peniaga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|