CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2021|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5

[Copy link]
Post time 27-3-2023 09:48 AM | Show all posts |Read mode

BENGKEL Dania Garage tawar tayar motosikal pada harga RM5.

Kuala Lumpur: Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Inisiatif dijalankan Bengkel Dania Garage milik Bumiputera yang berpusat di Sungai Chua, Kajang itu dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, dan ia mula ditawarkan pada 20 Mac lalu.

Menurut pemilik bengkel Mohd Mustakim Mohd Munawir, inisiatif itu dianjurkan dengan niat memberi sumbangan, sebagai penghargaan kepada pelanggan bengkelnya.

"Jadi sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya memperuntukkan 1,000 unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 seunit berbanding harga sebenar tayar itu iaitu RM60 seunit.

Bengkel yang popular di media sosial khususnya TikTok dengan pengikut lebih 506,000 orang itu mula beroperasi pada 2016 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu dua di Kajang dan satu di Serdang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-tayar-rahmah-rm5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.526692 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list