CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2577|Reply: 0

[Selangor] ‘Derhaka Sebuah Cinta, Jangan Menangis Cinta’ jadi tarikan di bazar

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Antara nama unik dilabelkan pada minuman yang dijual di bazar Ramadan tahun ini.



PETALING JAYA – Derhaka Sebuah Cinta, Jangan Menangis Cinta dan Air Mata Dipersandingan Mu antara nama unik dilabelkan pada minuman yang dijual di bazar Ramadan tahun ini.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @sheshyma kelmarin, menjadi tarikan para pembeli apabila melihat pelbagai nama unik diberikan bagi setiap jenis minuman yang dijual oleh seorang peniaga bazar.

Difahamkan, nama-nama tersebut diambil sempena tajuk novel Melayu yang popular dalam kalangan pembaca.

“Pergi bazar tengah broken (putus cinta) tengok nama air, lagi bertambah ‘broken’, sangat memahami air di bazar,” kata @akunampak.

“Air Andai Itu Takdirnya ada tak?,” soal Ema.

“Aku rasa penjual ini kaki novel, semua novel cinta dia letak dekat air dia, meleleh baca, apa-apa pun memang unik la peniaga macam ini, teracun beli sebab tertarik baca nama air sahaja,” ujar Shaiful.

Sementara itu, perkongsian pengguna tersebut berjaya meraih lebih 706,000 tontonan dan 28,300 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... i-tarikan-di-bazar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.044204 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list