View: 2021|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Tukang jahit pakai sut, kasut kulit daki Gunung Kinabalu
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm27nabu_1679897579.jpg)
Nobutaka Sada, seorang tukang jahit dan pengembara Jepun, merakam gambar dan video mendaki gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu dalam sut tiga helai dan kasut kulit yang bergaya. FOTO Agensi
Kuala Lumpur: Seorang tukang jahit dan pengembara Jepun yang popular tular di media sosial selepas mendaki gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu dalam sut dan kasut kulit dengan bergaya.
Oddity Central melaporkan, lelaki warga Jepun itu memakai sut tiga lapis, kasut kulit yang bergaya, tali leher sambil jinjit beg kerja mendaki Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter terletak di Sabah.
Nobutaka Sada memiliki label sut jenama sendiri dan sering melakukan aksi seperti itu untuk mempromosikan jenamanya.
Sebelum ini, Sada mendaki puncak tertinggi ke-26 Jepun, Gunung Shirouma setinggi 2,932 meter secara berlari maraton, bermain ski di lereng Hokkaido dan juga snorkeling di laut Genkai, semuanya memakai sut, jaket, tali leher dan kasut kulit.
Dan dia sentiasa bercakap mengenai pakaiannya dan bagaimana ia sesuai dalam apa jua keadaan.
Dia berkata, sutnya membuatkan dia tetap hangat dan panas dalam kelembapan tropika dan hujan serta membantu dia mencapai 'mesyuarat perniagaan' pada puncak tertinggi.
"Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Malaysia di Borneo, dengan sut pesanan SADA! Gunung lebih tinggi daripada Gunung Fuji pada ketinggian 4,095m!" Sada menulis di TikTok.
"Saya dapat tinggal di pondok di tengah-tengah cahaya bintang, mendaki kawasan yang curam, dan menikmati cahaya di puncak gunung!," katanya.
Ahli perniagaan Jepun yang memakai sut mendaki Gunung Kinabalu mula menarik banyak perhatian dan video Sada membuat pendakian yang sukar itu mula menjadi tular dalam talian awal minggu ini.
Usahawan Jepun itu berjanji untuk memuat naik video pengalaman itu di YouTube di mana dia biasanya menyiarkan klip promosi yang lebih panjang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aki-gunung-kinabalu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|