CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2015|Reply: 0

[Melaka] Tukang gunting didakwa bunuh pesara

[Copy link]
Post time 27-3-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Seorang tukang gunting warga India dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan membunuh pesara kerana berang ditegur membuat bising.

Tertuduh, S Logamurugan, 27, mengangguk faham sejurus pertuduhan itu dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah kerana kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang yang masih bebas didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Sa'don Sahat, 57, di belakang bangunan premis 3 tingkat Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim, di sini, antara jam 2.44 hingga 3.10 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 10 Mei depan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pesara yang menegur supaya tidak membuat bising maut akibat dilanggar kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, di sini, 27 Februari lalu.

Mangsa berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.04 petang selepas kira-kira 11 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka akibat pendarahan dalaman kepala selain kecederaan pada badan dan kaki.




S LOGAMURUGAN (tengah) didakwa membunuh seorang lelaki warga emas pada 27 Februari lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... unuh-pesara-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.227921 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list