CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3833|Reply: 0

[Pahang] 'Puasa amat memenatkan, nyaris berbuka waktu tengah hari'

[Copy link]
Post time 27-3-2023 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Hasriman Azman (kiri) dan Irsmen Tik kali pertama berpuasa. - NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: "Cukup memenatkan dan hampir berbuka pada waktu tengah hari. Namun, saya kuatkan semangat untuk meneruskan berpuasa hingga waktu berbuka," kata Hasriman Azman, remaja Orang Asli yang pertama kali menjalani ibadah puasa tahun ini.

Hasriman, 24, yang juga pelajar Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA), di sini, berkata sokongan daripada ustaz dan ustazah serta rakan menguatkan semangatnya untuk terus menjalani ibadah puasa.

Mengakui banyak cabaran yang terpaksa dilalui, beliau kini semakin selesa selepas beberapa hari berpuasa dan mampu menahan rasa lapar serta dahaga.

Hasriman berkata, beliau pernah cuba berpuasa sebelum memeluk Islam, namun hanya mampu bertahan sehingga tengah hari.


"Ramadan kali ini adalah kali pertama saya berpuasa sepanjang hari, tidak lagi separuh jalan. Pada hari pertama puasa, saya tidak sempat bersahur, mungkin ini faktor berkenaan menyebabkan rasa lapar lebih ketara.

"Namun syukur tidak berlaku kejadian tidak diingini hingga waktu berbuka.

"Berbuka adalah waktu yang paling ditunggu. Apatah lagi dapat makan bersama rakan pelajar Orang Asli, di sini menjadikan suasananya lebih seronok," katanya yang memeluk Islam pada Mei tahun lalu.

Hasriman, yang berasal dari Kampung Lemoi, Cameron Highlands berkata, ibu bapanya serta 10 adik-beradiknya belum memeluk Islam.

"Ramadan ini memberi peluang kepada saya untuk memanjatkan doa supaya suatu hari nanti semua ahli keluarga mengikut jejak saya bersama Islam.

"Pada hari pertama puasa, keluarga ada menghubungi saya sambil menasihatkan dan memberi galakan supaya berpuasa walaupun penat, dahaga dan lapar," kata anak keempat daripada 11 beradik itu.

Hasriman menambah, sepanjang Ramadan, beliau dan rakan tidak berhadapan masalah belajar agama di kelas, selain turut menunaikan solat lima waktu dan tarawih secara berjemaah di surau bersama ustaz serta ustazah.

Seorang lagi remaja Orang Asli, Irsmen Tik, 24, yang berasal dari Kampung Semoi, Lipis, berkata pengalaman berpuasa kali pertama tidak banyak menimbulkan masalah kepadanya.

"Saya memeluk Islam sejak dua bulan lalu sebelum diterima belajar di PETAMA. Ramadan kali ini sesuatu yang istimewa kerana lebih meningkatkan keimanan serta ketakwaan saya pada Yang Maha Esa.

"Alhamdulillah, impian saya untuk memeluk Islam dan belajar di PETAMA menjadi kenyataan. Hasrat saya ingin menjadi seorang pendakwah bagi membimbing masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman kepada Islam," katanya yang berketurunan suku kaum Semai.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, hanya beliau sahaja yang memeluk Islam dalam keluarganya, selepas tertarik melihat cara hidup rakan Islam ketika bekerja di Shah Alam, Selangor.

https://www.bharian.com.my/berit ... a-waktu-tengah-hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.033651 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list