CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4407|Reply: 0

[Selangor] ‘Saya orang Malaysia, kereta sahaja dari Singapura’

[Copy link]
Post time 27-3-2023 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar seorang lelaki mengisi minyak petrol RON95 pada kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura di sebuah stesen minyak di Johor Bahru.


PETALING JAYA – Seorang lelaki mempersoalkan tindakan seorang individu (si perakam) menegurnya ketika sedang mengisi petrol RON95 pada kenderaan jenis Honda Odyssey dengan nombor pendaftaran Singapura.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah stesen minyak di Johor Bahru pada 25 Mac lalu.

Menerusi rakaman yang dikongsikan di Facebook, SG Road Vigilante, lelaki tersebut turut mengakui dirinya merupakan rakyat Malaysia walaupun kenderaan yang digunakan didaftar di negara jiran.

“Tak boleh ke (isi petrol RON95)?,” soal lelaki tersebut.

“Tidak boleh,” jawab si perakam.

“Walaupun saya rakyat Malaysia juga, tak boleh eh?,” balas lelaki itu lagi.

“Tidak. Tidak kira jika awak rakyat Malaysia atau sebaliknya tetapi awak guna kereta Singapura,” jelas si perakam.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat seperti tidak berpuas hati dengan teguran individu itu dan dia turut memaklumkan pernah mengisi petrol RON95 pada kenderaan sama di Melaka dan Kuala Lumpur tanpa sebarang masalah sebelum beredar dari stesen minyak terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberi pelbagai reaksi berbeza termasuk ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut.

“Kalau rakyat Malaysia, guna la kereta yang didaftar di Malaysia, kalau berlagak nak pakai kereta luar, ikut undang-undang negara ini,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... aja-dari-singapura/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.045010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list