CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2434|Reply: 0

[Kelantan] 3 perangkap harimau belang dipasang

[Copy link]
Post time 28-3-2023 02:12 PM | Show all posts |Read mode

PERANGKAP harimau. FOTO Arkib PERHILITAN

Tanah Merah: Tiga perangkap diletakkan di kawasan kebun getah di Kampung Perala, di sini, untuk menangkap harimau belang yang dipercayai menyerang haiwan peliharaan penduduk.

Perangkap itu dipasang sejak tiga hari lalu selepas insiden seorang penternak kerugian kira-kira RM15,000 apabila enam lembu peliharaannya mati diserang haiwan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pada awalnya hanya satu perangkap dipasang sebelum ditambah sebaik dikesan kehadiran harimau belang itu pada hari seterusnya.

"Dua hari lalu, penduduk mengesyaki kehadiran harimau itu berdasarkan bangkai lembu yang masih belum dikeluarkan sudah tiada dalam kandang.

"Sebaik aduan dibuat, pihak kami menambah dua lagi perangkap dengan umpan yang sama iaitu kambing yang diletakkan di sekitar kawasan yang dikesan dijejaki haiwan liar itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Hafid berkata, pihaknya membuat pemantauan setiap hari dan setakat ini masih tiada sebarang tangkapan dibuat.

Dalam kejadian petang 24 Mac lalu, dua lembu milik Wan Md Seri Wan Ismail, 60, mati serta merta manakala empat lagi terpaksa disembelih kerana sudah tidak dapat diselamatkan.

Wan Md Seri berkata, tiga ekor lembu sudah disembelih manakala seekor lagi tidak sempat berbuat demikian dan ditinggalkan dalam kandang di lokasi kejadian.

"Saya masuk ke kebun getah pagi kelmarin dan mendapati bangkai yang sepatutnya berada dalam kandang sudah tiada dan cuba mencarinya sebelum terjumpa bangkai itu dalam keadaan beberapa bahagian badan sudah tiada akibat dimakan haiwan liar disyaki harimau belang.

"Baki tujuh lembu saya yang selamat sudah dipindahkan dan kini saya terpaksa membina kandang sementara di rumah di Batang Merbau, di sini," katanya.

Wan Md Seri berkata, kehadiran harimau belang itu membimbangkan penduduk dan menyebabkan mereka takut untuk keluar rumah.

Katanya lagi, sebahagian besar daripada penduduk kampung adalah penoreh getah dan keadaan itu menyebabkan mereka terputus sumber pendapatan yang mendatangkan kesukaran untuk kelangsungan hidup.

"Baru-baru ini penduduk tidak dapat menoreh getah disebabkan musim hujan dan kali ini kerana ancaman harimau, memang membebankan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mau-belang-dipasang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.555756 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list