CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 0

[Johor] 1 maut, 2 parah, pemandu Mazda CX5 kejar Proton Wira

[Copy link]
Post time 28-3-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode
1 maut, 2 parah, pemandu Mazda CX5 kejar Proton Wira


SEORANG maut, pasangan suami isteri parah dan seorang cedera dalam kemalangan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong. FOTO Ihsan JBPM


Batu Pahat: Tindakan nekad seorang pemandu Mazda CX5 mengejar sebuah Proton Wira berakhir tragedi apabila ia menyebabkan seorang maut manakala dua parah.

Kejadian berlaku di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong di sini, jam 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku apabila pemandu CX5 yang juga pemilik kilang, berang selepas mendakwa penumpang hadapan Proton Wira yang dikejarnya itu melarikan telefon bimbit miliknya.

"Tiba di lokasi kejadian, Mazda CX5 yang dipandu suspek berusia 31 tahun secara bersendirian hilang kawalan dan terlanggar belakang Proton Wira dinaiki si mati yang diekorinya.

"Proton Wira itu pula dipandu lelaki berusia 39 tahun dengan penumpang hadapannya yang juga lelaki berumur 43 tahun dari Taman Putera Indah, Tongkang Pechah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Menurut beliau, akibatnya, Proton Wira terbabit hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia yang dinaiki sepasang suami isteri.

"Pertembungan itu menyebabkan penumpang hadapan Proton Wira telah meninggal dunia di lokasi manakala pemandunya cedera ringan.

"Suami isteri yang menaiki Perodua Axia pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat," katanya.

Beliau berkata, suspek tidak mengalami kecederaan manakala si mati bekerja sendiri, selain tiada tangkapan dilakukan.

"Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Asma'i Md Yusuff di talian 013-6550128.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membabitkan kematian," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II Badrul Hisyam Loi Abdullah berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Yong Peng bersama enam jentera dikerah ke lokasi kemalangan.

"Seorang mangsa tersepit di dalam Proton Wira dan mangsa lain berjaya keluar sebelum kami tiba.

"Kami mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh kakitangan perubatan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... utm_medium=trending

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.099298 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list