CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2521|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kenapa ikan buntal beracun

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Ikan Buntal yang juga disebut 'ikan fugu' yang tergolong ke dalam satu jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia.

KUALA LUMPUR: Tragedi seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal Jumaat lalu, kerana tergolong dalam racun semula jadi yang paling bahaya dan boleh membunuh.

Ikan buntal atau pufferfish adalah sejenis ikan yang ramai mengenalinya dari famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes yang sering dijumpai di negara kita.

Ia adalah sejenis ikan yang juga disebut 'ikan fugu' yang tergolong ke dalam satu jenis racun semulajadi yang paling bahaya.

Ikan buntal sering kali digunakan sebagai bahan makanan dalam masakan di Jepun seperti sushi atau sashimi.


Disebabkan oleh kandungan racun tetrodotoksin di dalamnya maka memang tidak semua orang boleh mengolah ikan unik itu menjadi hidangan yang lazat.

Dikalangan masyarakat di pinggir laut dan sungai di Malaysia memang tahu bagaimana untuk menyiang ikan buntal beracun ini sehingga boleh dimakan.

Adalah memang disyorkan untuk memperhatikan terlebih dahulu fakta ikan buntal yang sangat beracun ini sebelum dimakan.

Dilaporkan di mana jenis racun yang dikenali sebagai tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.

Racun itu didakwa lebih mematikan dibandingkan racun sianida (cyanide).

Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan di mana ada sekitar lima hingga 10 kes keracunan ikan buntal setiap tahun berlaku. Meski pun begitu ada kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan.

Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.

Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus supaya daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut.

Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh chef yang pakar membuatnya sahaja.

Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan.

Menurut blog Anim Agro Technology, jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.

Ada empat tahap gejala keracunan ikan buntal iaitu tahap 1 kawasan sekitar mulut terasa kebas atau mati rasa, gangguan pencernaan, seperti mual, muntah, sakit perut, yang biasanya muncul 10 hingga 45 minit selepas memakan ikan itu.

Gejala tahap 2 ialah mati rasa di wajah, sukar berbicara, kehilangan keseimbangan, dan tubuh terasa lemah dan sukar bergerak manakala gejala tahap 3 pula keracunan ikan buntal akan membuat tubuh menjadi lumpuh atau tidak mampu bergerak dan pupil mata membesar.

Gejala tahan 4 pula menyebabkan pesakit gagal bernafas, kadar oksigen di dalam tubuh berkurangan (hipoksia), jantung berdetak lebih lambat dari biasanya (bradikardia), penurunan tekanan darah (hipotensi), gangguan degupan jantung, dan penurunan kesedaran.

Gejala keracunan ikan buntal biasanya muncul dalam hitungan 20 minit hingga 3 jam setelah racun ikan buntal masuk ke dalam tubuh.

Pada Jun 2021, empat maut di Desa Hoder di Sika, Nusa Tenggara Timur kerana memakan ikan buntal beracun manakala 13 lagi orang dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang serius.

https://www.bharian.com.my/berit ... ikan-buntal-beracun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.106581 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list