CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3210|Reply: 8

Bakal Mak Mentua Tak Bercakap, Jawab Sepatah-Sepatah Je-Gadis Dilema Nak Teruskan Kahwin Atau Tidak

[Copy link]
Post time 30-3-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Seorang gadis introvert mula ragu-ragu untuk meneruskan hubungan ke fasa perkahwinan sejak pertama kali berjumpa dengan bakal ibu mentuanya.


Katanya dia buntu untuk bersembang dengan bakal mentuanya, malah setiap soalan yang diajukan hanya dijawab dengan ala kadar sahaja.


"Saya seorang yang introvert. Jadi agak susah nak mula bersembang khususnya dengan seseorang yang baru jumpa. Saya dalam fasa nak berkahwin.


"Saya dan pasangan dah jumpa keluarga masing-masing. Baru-baru ini, saya berjumpa dengan keluarga dia. Saya dapat rasa macam ibu dia tak berapa suka dengan saya.


"Mungkin daripada segi reaksi dan tak banyak juga bercakap. Kadang-kadang saya cuba tanya soalan dengan dia, tapi jawab pun sepatah-sepatah je. Saya jadi buntu nak sembang apa lagi," luahnya.




Gambar Hiasan




Menurut gadis itu lagi, teman lelakinya sering bercerita mengenai keterujaan ibunya untuk melihat mereka mendirikan rumah tangga, namun dia merasakan sebaliknya.


"Tapi apabila saya tanya pasangan saya, dia kata ibu dia okey saja. Ibu dia paling semangat nak uruskan (perkahwinan).


"Tapi pada masa sama, apabila jumpa depan-depan, tak seperti dikhabarkan," ujarnya dalam luahan di laman Twitter @twtmalaywedding.


Tambahnya, situasi itu jauh berbeza dengan layanan keluarganya terhadap lelaki itu, sekali gus membuatkan dia ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga,


"Keluarga saya pun bukan jenis yang ramah. Tapi apabila teman lelaki datang, mereka layan dengan sangat baik. Jadi saya rasa takut dan ragu-ragu.


"Tak tahu apa perasaan sebenar ibu dia dengan saya. Okey ke tidak dengan rancangan kami untuk berkahwin. Ke saya overthinking?


"Saya risau sebabnya yang paling penting mesti la reda kedua ibu bapa dan restu kan?" luah gadis itu lagi.


Dalam pada itu, beberapa netizen di Twitter turut memberikan pendapat mereka berhubung situasi yang dilalui gadis itu.


"Kadang ada mak yang introvert juga. Dia mencuba tapi tak bermakna dia tak suka awak. Samalah macam awak cuba-cuba nak kenal orang baru.


"Saya pula jenis extrovert. Jumpa ibu mentua terus introvert. Saya pun dapat rasakan ibu mentua tak suka saya. Dah kahwin pun, saya buat hal sendiri. Borak bila perlu tapi awkward tu masih ada.


"Kena paksa diri untuk bercakap, elakkan tengok muka mentua untuk elak tanggapan negatif," komen beberapa netizen di Twitter. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua tu tak suka kau dgn anak dia. Paham?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah ya... I ni jenis introvert jugak...
Tak suka org sibuk2 datang rumah, ajak borak2...
Org dtg rumah i bagi makan minum lepas tu korang balik la...
Agaknya dgn menantu perempuan pun mcm tu kot.. Dah tak payah sibuk2 nak tolong masak kat dapur.. I lagi suka masak sorang2...
Dah makan korang balik la rumah sendiri...

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 05:17 PM | Show all posts
bakal mak mentua pun introvert jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 05:59 PM | Show all posts
sama2 introvert..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:37 AM | Show all posts
blah je la..cari yang lain...aku dulu jumpa mak ex bf, sekali mak dia pot pet tak berhenti...aduhai...lama kipikir2..break terus..tak sanggup...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm emak aku juga. jenis introvert. sepatah2 jer dia jawab.. huhu.. kami adik beradik jarang kene bebel dr kecik..
tapi mmg time aku nk perkenalkn kekasih (skrg wife) pd famili aku tu, aku dah siap2 inform wife aku supaya tak salah sangka.. mujur arwah ayah aku jenis extrovert, so balance la
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko tanya jelah terus terang,kut2 mak dia mmg  dh ada pilihan lain ke untuk anak dia,either dia mmg x suka ko atau dia pon jenis introvert jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 04:40 AM | Show all posts
introvert ke extrovert ke berkomunikasi ni skill nok, kalau dgn bakal mak mentua tu ringankan bukak mulut, ringankan tangan. kalau dgn jantan pandai pulak bercakap walaupun introvert gitu samalah dgn bakal mertua. bukannya sekali dua jumpa terus nak mesra. pelik la pompuan2 zaman skrg term2 pandai pulak research nak research HOW TO TALK TO OTHER PEOPLE takkan la tak reti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.111601 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list