CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2961|Reply: 0

[Pahang] Kes denggi Januari-Mac di Pahang naik lebih 100 peratus

[Copy link]
Post time 30-3-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Aktiviti semburan pembunuh nyamuk aedes dilakukan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Foto MOHD RAFI MAMAT

KUANTAN: Sebanyak 228 kes deman denggi direkodkan di negeri ini dalam tempoh tiga bulan sejak Januari hingga 25 Mac lalu.

Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan 147.8 peratus atau 136 kes berbanding 92 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiada kes kematian akibat denggi dilaporkan tahun ini.

Menurutnya, daerah Kuantan merekodkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu 119 kes, diikuti Bera (19 kes), Temerloh (18 kes), Raub (17 kes), Maran (15 kes), Bentong dan Rompin masing-masing (11 kes), Lipis (lapan kes), Cameron Highlands (empat kes) dan tiga kes di Jerantut dan Pekan.


"Sehingga 25 Mac lalu sebanyak 10 lokaliti wabak dilaporkan berbanding empat lokaliti bagi tempoh yang sama tahun lalu dan hanya lima lokaliti kini yang masih aktif.

"Tindakan pencegahan dan kawalan dilakukan secara berterusan dengan 117,412 (23.2 peratus) premis diperiksa dalam tempoh tersebut. Sebanyak 1,065 premis dikesan positif pembiakan aedes, 78,516 premis telah dijalankan kerja 'larvaciding' dan 90,195 premis dibuat semburan kabus," katanya dalam kenyataan.

Nor Azimi berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, 35 premis ditawarkan kompaun mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 dengan jumlah keseluruhan RM17,500.

Beliau berkata, sebanyak 597 premis yang layak dikompaun masih dalam tindakan penyediaan dokumen mahkamah manakala 164 notis mengikut Seksyen 8, akta sama juga dikeluarkan kepada pemilik tempat yang berpotensi berlaku pembiakan jentik-jentik.

"Saya menasihatkan masyarakat supaya supaya sentiasa menjaga kebersihan, pastikan tidak bekas menakung air yang boleh menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

"Lakukan aktiviti membersih kawasan rumah setiap minggu, dengan cara itu dapat membendung penularan nyamuk aedes. Tindakan undang-undang sedia menanti pihak yang terbukti dalam kawasan rumah dan premis mereka terdapat jentik-jentik," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... k-lebih-100-peratus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.173346 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list