CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3341|Reply: 0

[Pahang] Kereta Perodua Myvi tok bilal dicuri ketika solat terawih di Rompin

[Copy link]
Post time 30-3-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar wajah pencuri kereta Tok Bilal sebuah masjid di Rompin, Pahang. - FOTO /IHSAN TIKTOK @PUTERASEMANTAN



ROMPIN: ‘Kereta tok bilal dilarikan pencuri’. Begitulah paparan sebuah Tiktok yang berdurasi satu minit mengejutkan orang ramai khususnya umat Islam di daerah ini.

Tiktok milik @puterasemantan menyatakan kejadian itu berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat terawih di masjid di Tanjong Gemok di sini pada 25 Mac lalu.

Difahamkan, kereta yang hilang itu merupakan Perodua Myvi milik bilal yang dikenali sebagai Rahib.

Paparan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan, pencuri yang mulanya berada di luar, kemudiannya masuk ke dalam dan mengambil kunci kereta yang mungkin diletakkan oleh pemiliknya di atas tabung masjid.

Kata pemilik Tiktok berkenaan, pencuri mungkin sudah memerhati dan merancang daripada awal aktiviti jenayah tersebut.

Menerusi paparan dalam Tiktok itu, setelah berjaya mengambil kunci, pencuri membuka pintu kereta dan segera melarikan kenderaan tersebut.

Apabila selesai mengundur kenderaan itu keluar, kelihatan si pencuri itu sedang menunggu seorang rakannya.

Menurut Tiktok itu, difahamkan kes kecurian itu masih belum selesai.

Pada akhir paparan Tiktok itu, dipaparkan rupa si pencuri itu yang berkopiah putih, berbaju T seakan warna biru dan berkain pelikat. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... -terawih-di-rompin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.360928 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list