CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2073|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiada sekatan jual ikan buntal di Johor - EXCO

[Copy link]
Post time 30-3-2023 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

JOHOR BAHRU: Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak menyekat penjualan ikan buntal di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip, berkata ia kerana selain menjadi menu makanan berasaskan ikan, buntal juga dijadikan ikan hiasan marin.

Katanya, peraturan berkaitan aktiviti pemasaran ikan juga tidak menyatakan secara spesifik bahawa ikan buntal dilarang untuk jualan.

Berkaitan larangan urus niaga ikan yang tidak selamat pula, beliau berkata, ia tidak membenarkan sebarang urus niaga, memproses, mengeksport atau mengimport ikan yang tidak selamat dimakan oleh manusia tanpa kebenaran.


"Namun, peniaga perlu berwaspada dengan makanan yang dijual, termasuk ikan. Menjadi satu kesalahan jika terbukti mereka menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada di dalam atau padanya bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan.

"Apabila disabitkan dengan kesalahan, individu itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan Peraturan: Bahagian III Kesalahan dan Keterangan - Seksyen 13 (1).


Laporan BH Online mengenai seorang wanita warga emas maut selepas makan hidangan ikan buntal di Kluang.

"Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam menyediakan makanan berasaskan ikan atau ketika menikmati juadah berasaskan ikan di restoran atau kedai makan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jumaat lalu, wanita warga emas, Lim Siew Guan, 83, maut selepas memakan hidangan ikan buntal di Kampung Chamek, Paloh, Kluang, manakala suaminya, Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK).

Menurut anak mangsa, Ng Ai Lee, 51, bapanya membeli ikan itu daripada seorang penjaja yang datang ke rumah orang tuanya itu dan sudah sekian lama menjadi pelanggan tetap.

Beliau berkata, keluarganya berasa kesal dan sedih kerana penjual berkenaan tidak memberitahu ikan dibeli bapanya itu sebenarnya beracun.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati memilih makanan yang selamat untuk dimakan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal membabitkan 18 kematian dilaporkan sejak 1985 hingga Mac.

Katanya, larangan penjualan ikan buntal sudah ditetapkan dengan jelas mengikut Akta LKIM 1972, manakala Seksyen 13 Akta Makanan 1983 turut menerangkan dengan jelas larangan penjualan makanan yang mengandungi atau di atasnya bahan beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.

"Oleh itu, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual," katanya dalam kenyataan.

https://www.bharian.com.my/berit ... untal-di-johor-exco

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048741 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list