CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2341|Reply: 0

[Johor] Ibu terkilan tak sempat sedia baju raya warna hitam

[Copy link]
Post time 30-3-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode

MUAR: Ibu empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, malam tadi terkilan tidak sempat menyediakan pakaian raya berwarna hitam yang diminta anak-anaknya.

Nabila Sedu, 31 yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dilihat mencium dan mendakap baju Tadika anaknya.

Nabila ketika ditemui dalam keadaan sebak berkata dia terkilan tidak sempat membeli kelengkapan baju raya sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Ada (pesanan) dari anak..mereka hendak baju raya warna hitam...," katanya sambil mencium baju anaknya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Nabila dan suaminya Thein Ko Htut, 30, gagal kerana mereka sangat sedih dan tergesa-gesa meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).


MNabila memegang satu daripada baju anaknya yang rentung dalam kebakaran malam tadi. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Pasangan itu yang menetap di rumah sewa di Kampung Sabak Awor bersama empat anaknya sejak empat tahun lalu.

Dalam kejadian malam tadi, empat anak pasangan itu maut dalam kebakaran di rumah mereka.

Mereka ditemui di bahagian bilik air rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Muar Asistant Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata siasatan awal mendapati kemungkinan berlaku litar pintas, dipercayai bermula daripada dapur rumah berkenaan.

Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, untuk bedah siasat.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.



Ibu bapa mangsa kebakaran menunggu jenazah anaknya yang dibedah siasat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan



Nabila sebak ketika menunggu jenazah anaknya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

https://www.bharian.com.my/berit ... ju-raya-warna-hitam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.033518 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list