CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7150|Reply: 0

[Kelantan] Suri rumah didakwa guna darjah kebesaran tidak wujud

[Copy link]
Post time 2-4-2023 02:27 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH diiringi polis di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan lambang bertulis ahli-ahli Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf pada dua keretanya. FOTO Ihsan pembaca.

Kota Bharu: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang bertulis ahli-ahli Dato' - Dato' Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf pada dua keretanya, Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Suraya Ibrahim, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan lambang bertulis ahli-ahli Dato'-Dato' Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf di bawah Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (mencegah daripada disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/ 1977) dengan meletakkan pada dua kereta yang digunakan iaitu Mercedes Benz dan BMW.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Bawah Lembah Bunut Payong di sini, pada 25 Jun 2022.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5B(5) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/1977) yang boleh didenda tidak kurang daripada RM50,000 dan di penjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala teruduh diwakili peguam, Muhammad Yusoff Abdullah.

Terdahulu, Abu Arsalnaa mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM70,000 bagi pertuduhan itu.

Muhammad Yusoff memohon mahkamah membenarkan jaminan paling minimum kerana anak guamnya tidak bekerja, mempunyai penyakit darah tinggi kronik, selain sudah berpisah dengan suami.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... besaran-tidak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.093752 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list