CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7187|Reply: 0

[Kelantan] Rumah hangus, warga emas sempat selamat wang zakat, barang kemas

[Copy link]
Post time 2-4-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode

SAIFULLAH melihat rumah yang didiaminya hangus dalam kebakaran di Kampung Teras, Sering, petang semalam. FOTO Siti Rohana Idris.

Kota Bharu: "Walaupun rumah kami hangus 100 peratus, wang zakat amanah abang untuk diberikan kepada asnaf berjaya diselamatkan ibu," kata Saifullah Husain.

Saifullah, 33, berkata, kebakaran jam 3 petang semalam menyebabkan dia dan ibunya, Eshah Omar, 73, tinggal sehelai sepinggang dan kini menumpang di rumah abangnya.

Dia berkata, kebakaran dipercayai berpunca ketika ibunya sedang menggoreng ayam bagi penyediaan menu ayam masak merah untuk berbuka puasa manakala dia tiada di rumah.

"Ibu kemudian keluar ke kedai runcit tidak jauh dari rumah untuk membeli bahan masak yang tidak mencukupi sebelum teringatkan api dapur tidak ditutup.

"Dia yang tiba di rumah segera ke dapur dan ternampak kuali sudah rentung manakala api sudah menyambar ke kertas dinding dan terus mencapai kuali itu seterusnya melempar ke lantai.

"Merasakan keadaan tidak dapat dikawal, ibu segera ke ruang tamu dan mencari bungkusan wang zakat yang dibungkus bersama sedikit barang kemasnya sebelum keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di Kampung Teras, Sering, di sini, hari ini.

Saifullah berkata, dia yang dihubungi jiran mengenai kejadian itu terus pulang ke rumah kerana dalam fikirannya ketika itu hanyalah keselamatan ibunya.

Katanya lagi, sebaik tiba di perkarangan rumah, dia ternampak ibunya terduduk sambil menangis dan merenung sayu melihat rumah pusakanya hangus.

"Beberapa hari lalu abang ada mengirimkan RM2,000 wang untuk diberi zakat kepada asnaf dan saya sudah mula mengagihkan kepada tiga penerima sebanyak RM50 setiap keluarga.

"Bakinya ibu simpan dalam bungkusan bersama barang kemasnya dan dalam keadaan panik, dia sempat memikirkan amanah abang itu sebelum bergegas mendapatkannya dalam timbunan pakaian," katanya.

Saifullah berkata, selain wang zakat dan barang kemas, semua barangan lain turut rentung dalam kebakaran itu namun mereka reda dengan ujian.

Katanya lagi, ibunya asyik menyalahkan diri sendiri dan berkata jika dia ada di rumah ketika itu, sudah pasti kejadian berkenaan tidak berlaku.

"Buat sementara ini kami berdua menumpang rumah abang manakala ibu juga masih trauma dan kerap menangis jika terbayangkan tragedi itu," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -zakat-barang-kemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.036576 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list