CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2022|Reply: 0

[Terengganu] Baju raya, wang tunai RM20,000 hangus

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:18 AM | Show all posts |Read mode

Besut: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila rumahnya terbakar ketika dia sedang mandi bersama anak keduanya di luar rumah, tengah hari tadi.

Mangsa, Shafie Yusof, 55 tahun, dari Kampung Gerong, Apal berkata, ketika kejadian dia baru pulang selepas mengambil anaknya, Nur Aulia Sofia, 5, pulang dari prasekolah jam 12.30 tengah hari.

Dia berkata, isterinya, Rohana Che Nordin ,44, yang bertugas sebagai guru serta anak sulung mereka, Nur Adrina Shafina, 8, masih berada di sekolah.

"Pada awalnya saya tidak sedar rumah terbakar kerana tidak terbau hangit atau bunyi bising kerana sedang mandi di hadapan rumah.

"Namun ketika mahu masuk ke dalam rumah mengambil baju, saya perasan ada api serta asap tebal dari arah tengah kediaman.

"Nasib baik anak segera berlari menghala ke rumah jiran, jika dia berlari masuk ke dalam rumah mungkin akan terperangkap dalam kebakaran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Gerong, Apal, Jertih di sini.

Sementara itu, Rohana berkata, segala persiapan raya termasuk baju raya anak-anak yang dibeli beberapa hari lalu turut hangus dalam kebakaran.

"Sejumlah wang tunai RM20,000 dikeluarkan dari bank kebetulan disimpan dalam bilik untuk membaiki rumah juga tidak dapat diselamatkan kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

"Suami hanya sempat mengalihkan sebuah kereta serta dua motosikal ke tempat selamat.

"Segala dokumen penting seperti kad pengenalan, kad bank, pakaian, peralatan rumah juga hangus," katanya.

Katanya, buat sementara waktu mereka akan tinggal di rumah keluarga terdekat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa mengesahkan kejadian itu.


SHAFIE melihat kediamannya yang hangus di Kampung Gerong, tengah hari tadi. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0000-hangus-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.100949 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list