CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Perak] Polis Perak terima 408 permohonan permit mercun, bunga api

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:58 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.



IPOH – Polis Perak menerima sebanyak 408 permohonan permit bagi penjualan mercun dan bunga api sempena musim perayaan Aidilfitri sejak awal Ramadan lalu hingga semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, daripada jumlah itu, 174 permohonan diluluskan dengan 230 permohonan lagi dalam proses penilaian manakala empat permohonan pula ditolak.

Katanya, antara faktor permohonan itu ditolak kerana pemohon mempunyai rekod jenayah lampau dan lokasi tidak sesuai untuk jualan mercun dan bunga api.

“Setakat ini kita mendapat begitu banyak permohonan untuk permit penjualan bunga api dan mercun sempena perayaan Aidilfitri.

“Keseluruhan permohonan yang diterima sehingga semalam adalah sebanyak 408 permohonan dan kita telah pun meluluskan 174 permohonan,” katanya ketika ditemui pada Program High Profile Policing (HPP) Bazar Ramadan PDRM Perak 2023 di Bazar Ramadan Stadium di sini hari ini.


MOHD. Yusri (tengah) melawat Bazar Ramadan Stadium pada Program High Profile Policing (HPP), di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Yusri memberitahu, polis menahan tiga lelaki kerana dipercayai memiliki pelbagai mercun dan bunga api tanpa permit dalam tangkapan berasingan di tiga daerah baru-baru ini.

Menurut beliau, tangkapan dibuat masing-masing di Ipoh, Taiping dan Kampar itu membawa kepada rampasan barang kes bernilai RM40,500.

“Tangkapan tersebut melibatkan peniaga di mana nilai rampasan mercun dan bunga api yang direkodkan di Ipoh sebanyak RM10,000 manakala RM25,000 pula di Taiping dan RM5,500 pula nilai rampasan di Kampar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... t-mercun-bunga-api/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042535 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list