CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Perak] Lelaki pecah cermin rumah bekas isteri ditahan

[Copy link]
Post time 6-4-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular yang memaparkan seorang lelaki memecah cermin sebuah rumah di Taman Pinji Indah di Ipoh, kelmarin.



IPOH – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin sebuah rumah di Taman Pinji Indah di sini kelmarin.

Perbuatan lelaki terbabit yang memecahkan cermin menggunakan batang kayu cangkul itu dirakam wanita dipercayai bekas isterinya sebelum rakaman video berdurasi 25 saat itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kejadian itu diterima kelmarin di mana suspek berusia 46 tahun itu telah ditahan di Taman Ipoh, semalam.

Katanya, siasatan mendapati suspek yang melakukan perbuatan pencerobohan jenayah dan khianat itu merupakan bekas suami pengadu.

“Keputusan ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas lelaki tersebut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di mahkamah Ipoh hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... kas-isteri-ditahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.041831 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list