CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Selangor] Guna duit syiling dalam tabung beli gelang emas raya

[Copy link]
Post time 6-4-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan individu tersebut membeli emas dengan menggunakan duit syiling.


PETALING JAYA – Sebuah video tular di media sosial selepas tindakan individu membeli emas dengan menggunakan duit syiling mendapat pujian netizen.

Video yang dikongsikan Kedai Emas Adda di akaun TikTok miliknya menunjukkan, individu tersebut membawa beberapa beg plastik berisi duit syiling untuk membeli barangan kemas berbentuk emas.

Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan individu berkenaan dan menyifatkan tindakan menabung duit syiling itu akhirnya memperoleh hasil yang lumayan.

“Dengan duit syiling dapat beli emas, memang terbaik la diaorang ni, boleh motivate diri masing-masing untuk menyimpan dan beli emas lepas ni,” kata Zerra.

“Lagi setahun saya ke kedai ni, duit syiling pun dah banyak boleh la dapat pulut dakap,” ujar Siti.

“Ini baru namanya menabung walaupun dengan duit syiling dapat juga ditukar dengan emas,” kata Ros.

Pengguna media sosial juga turut memuji pemilik kedai emas berkenaan kerana tidak memilih pelanggan dan menerima duit syiling bagi pembelian emas.

“Bagusnya kedai dia, terima juga pembelian dengan duit syiling, pemilik kedai mesti fikir duit syiling pun boleh buat duit, tahniah,” kata Pakurimba.

“Bukan semua pemilik kedai nak terima duit syiling, bagus pemilik ni,” kata Wana.

Perkongsian video berkenaan kini memperoleh 33,800 tanda suka dan 3,350 perkongsian di aplikasi TikTok. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... i-gelang-emas-raya/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051889 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list