CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Kelantan] Inilah contoh ibu mentua dari 'syurga'

[Copy link]
Post time 6-4-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode

Zauyah terharu disuapkan ibu mentuanya ketika berbuka puasa. FOTO IHSAN ZAUYAH DERAMAN

Tumpat: "Suapan pertama ma (ibu mentua) berjaya mengubat kerinduan saya pada suapan tangan mek (ibu kandung) sejak mek meninggal dunia," kata wanita kurang upaya, Zauyah Deraman, 37.

Kisah Zauyah yang hiba selepas disuap nasi oleh ibu mentua, Halijah Awang ketika berbuka puasa pada Ramadan ke-11, mendapat perhatian warganet selepas video itu dikongsi suami, Mohd Abdul Rahman Yah, 37, di TikTok, semalam.

Zauyah mengalami kecacatan pada kedua belah tangan dan kaki iaitu bengkok serta kecil sejak dilahirkan.

Menurutnya, dia yang baru tiga minggu melayari bahtera perkahwinan masih merindui ibu kandungnya, Fatimah Yusof yang meninggal dunia pada 3 Februari lalu.

"Pemergian ibu memberi kesan mendalam kepada saya kerana kami tinggal berdua dan tidak pernah berpisah. Setiap kali makan, ibu akan gaulkan nasi, cubitkan lauk ikan untuk saya.

"Paling dirindui ketika ibu menyuap nasi biarpun saya boleh makan dengan tangan sendiri. Arwah memang selalu melayan saya begitu," katanya yang tinggal di Kampung Ana, di sini.

Katanya, ini adalah Ramadan pertama tanpa ibu tersayang dan kesedihan itu tidak dapat digambarkannya yang

masih merindukan wanita tersayang itu.

"Tetapi saya tak sangka kehilangan ibu digantikan dengan kehadiran suami. Saya masih berpeluang mendapat kasih sayang seorang ibu (mentua) yang menerima dan melayan saya seperti anak sendiri.

"Malah, tak sangka ibu mentua juga tolong mengisi nasi dan lauk pada pinggan saya ketika berbuka puasa. Ia sama seperti dilakukan ibu kandung dahulu.

"Saya sebak dengan tindakan ma dan sebaik nasi masuk ke mulut saya terus menangis. Suami, ma dan semua ahli keluarga mentua menerima saya dengan baik walaupun diri ini tidak sempurna," katanya.

Katanya, dia juga meminta ibu mentua tidak lagi menyuapnya nasi, namun wanita itu tetap menyuap nasi untuknya sehingga habis satu pinggan.

Sementara itu, Mohd Abdul Rahman berkata, pada hari kejadian dia menyedari isteri dalam keadaan sedih sejak waktu bersahur dan naluri sebagai suami mengatakan wanita itu merindukan suapan tangan seorang ibu.

"Saya kemudian bercerita kepada ma dan tak sangka ma akan menyuapkan isteri kerana niat saya beritahu ma hanya untuk bercerita saja.

"Ketika itu selepas ma menjamah kuih dan minum air, ma terus ambil pinggan nasi dan suapkan isteri. Itulah naluri seorang ibu membuat isteri sebak," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mentua-dari-syurga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list