CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 1

[Kelantan] Ibu ditidurkan, 4 beradik sambut Ramadan dalam kesedihan

[Copy link]
Post time 8-4-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Sejak dua minggu lalu, empat beradik dari Kampung Baru Nelayan, di sini hilang kasih sayang ibu apabila insan kesayangan mereka bertarung nyawa di hospital kerana serangan angin ahmar.

Ketika umat Islam gembira berkumpul meraikan Ramadan, Mohd Alif Muhaimin Abdullah, 12, dan adik-adiknya, Nor Daniya Arisya, 11; Nor Iwanina Afina, 7, dan Muhammad Fayyad Zakuan, 4, hanya menumpang kasih ibu saudara, Sarinah Husain, 46, yang tinggal bersama mereka.

Ibu mereka, Noriza, 38, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan ditidurkan kerana keadaannya yang kritikal.

Menurut Sarinah, adiknya Noriza dimasukkan ke hospital pada awal Ramadan lalu selepas terjatuh di rumah dan tidak dapat bergerak.

"Keadaannya kini dilapor semakin teruk dan sejak itu saya yang menguruskan sepenuhnya keempat-empat anak saudara termasuk menghantar dan menjemput mereka dari sekolah setiap hari," katanya ketika ditemui hari ini.

Sarinah berkata, Noriza menyara kehidupannya anak beranak dengan mengambil upah menyiang ikan untuk dibuat keropok, namun memperoleh pendapatan yang tidak menentu.

Noriza juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM650 sebulan, selain tidak segan mencari besi buruk untuk menampung kos persekolahan tiga daripada anaknya.

"Untuk raya ini, persiapan raya untuk anak-anaknya saya yang selia dan kami buat lebih awal namun secara ala kadar.

"Noriza tinggal di rumah kecil yang dibina sebelah rumah saya, memandangkan kediaman saya pun sudah dihuni dihuni sembilan ahli keluarga," katanya yang memberitahu kebajikan Noriza dan empat anaknya sentiasa dipantau selepas wanita itu bercerai empat tahun lalu.

Menurutnya, dia bimbang dengan keadaan Noriza apatah lagi Syawal bakal menjelang.

"Empat anaknya sedih dengan kesihatan ibu mereka yang semakin merosot. Mereka sudah lama tidak mendapat kasih sayang bapa, kini ibu pula diuji," katanya.

Terdahulu keluarga itu menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society diketuai Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed yang hadir menyampaikan sumbangan dan zakat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-kesedihan-metrotv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2023 10:11 PM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan dikemudian hari dan diberikan kesembuhan kepada ibu yang tersayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041465 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list