CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] 'Nak bawa keluarga pergi Makkah '

[Copy link]
Post time 8-4-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode

KEMBAR siam yang pernah menggemparkan negara.

Kuala Lumpur: "Sekiranya diberi rezeki lebih, saya mahu bawa keluarga menunaikan haji dan umrah bersama-sama," demikian azam Muhammad Rosli, 25, kembar Siam yang pernah menggemparkan negara dua dekad lalu. Muhammad dan abangnya, Ahmad dilahirkan sebagai kembar siam menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001.

Kemudian, pada September 2002, mereka yang berasal dari Puchong, Selangor dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi.

Kini, Muhammad bekerja sebagai koordinator projek di sebuah syarikat teknologi maklumat sejak dua tahun lalu manakala Ahmad sudah menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan reka bentuk grafik.

Berkongsi berkenaan perkembangan terkininya, selepas menamatkan pengajian, dia diterima bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat.

Katanya, biarpun serba kekurangan, dia bersyukur masih diberi peluang untuk bekerja dan meraih pendapatan seperti individu normal yang lain.

"Saya sentiasa memegang antara kata-kata akhir arwah ibu, supaya tunjukkan kepada orang lain sebenarnya kita pun boleh menjadi seperti orang normal lain.

"Sebenarnya selepas menamatkan pengajian dahulu saya agak bimbang berkenaan masa hadapan. Alhamdulillah rezeki saya dapat bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

"Lebih manis, syarikat turut memberi kelonggaran kepada saya untuk bekerja dari rumah," katanya.

Menurutnya sebagai koordinator projek, dia bertanggungjawab menjadi orang tengah antara pelanggan dengan pengaturcara.

"Pekerjaan ini memerlukan saya berada di hadapan komputer sepanjang masa. Kadangkala saya perlu berkomunikasi dengan pengaturcara di luar negara bergantung kepada projek.

"Biarpun sibuk, saya seronok dengan pekerjaan ini," katanya.

Dia berkata, antara sebab utama dia ingin bekerja adalah untuk membantu meringankan beban ayahnya yang bekerja sebagai jurukimpal.

"Tiga adik saya masih bersekolah. Dengan pendapatan yang diperoleh, saya dan seorang lagi adik yang sudah bekerja sedikit sebanyak dapat membantu ayah menyara keluarga.

"Jika diberi rezeki lebih, suatu hari nanti saya ingin membawa semua ahli keluarga menunaikan umrah dan haji di Makkah bersama-sama," katanya.

Muhammad berkata, kini dia sudah memiliki kereta Perodua Bezza yang dibeli hasil daripada titik peluhnya bekerja.

"Sebenarnya, kenderaan itu dibeli selepas satu-satunya kenderaan keluarga kami ditenggelami banjir besar pada hujung tahun 2021. Kereta ayah dimasukkan ke bengkel dan terpaksa meminjam kenderaan daripada saudara terdekat.

"Saya ambil tanggungjawab untuk membeli kereta baharu untuk keselesaan keluarga. Kini kereta itu digunakan ayah dan adik kerana saya masih belum mempunyai lesen selain masih mencari bengkel yang boleh mengubah suai kereta untuk disesuaikan kegunaan saya," katanya.

Ditanya berkaitan pasangan kembarnya, Muhammad berkata, selepas menamatkan pengajian, keadaan kesihatan Ahmad tidak mengizinkan untuknya bekerja.

"Doktor mengesahkan Ahmad mengalami masalah saraf yang menyebabkannya tidak boleh duduk dalam tempoh yang lama.

"Ahmad pernah bekerja sebagai pereka grafik (junior) sebelum diberhentikan untuk mengurangkan kos operasi syarikat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Untuk mengisi masa lapang, Ahmad banyak melukis," katanya.

Untuk perancangan masa hadapan, Muhammad ingin terus fokus dengan kerjayanya supaya dapat terus membantu keluarganya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... luarga-pergi-makkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2023 07:02 PM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.044163 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list