CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu penderaan di taksa: Mangsa digigit kanak-kanak seusia

[Copy link]
Post time 9-4-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode

KECEDERAAN dialami bayi yang sepadan kesan gigitan kanak-kanak. FOTO FB tular.

Putrajaya: Kecederaan seorang kanak-kanak yang dilaporkan digigit di sebuah taska di sini adalah selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, perkara itu telah disahkan pegawai perubatan setelah kanak-kanak tersebut dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berhubung beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke taska berkenaan pada 10.26 malam, 5 Januari lalu.

Sehubungan itu, katanya, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan semakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska tersebut berdaftar dan mempunyai lesen sah.

"Pada mulanya kedua-dua pihak bersetuju untuk tuntutan ganti rugi terhadap kejadian, namun begitu sehingga kini tiada penyelesaian dapat dibuat oleh kedua-dua pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular hantaran artikel bergambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebook "EL Ameerah" berkaitan kecederaan yang dialami kanak-kanak perempuan berusia satu tahun semasa berada di sebuah taska.

Media turut melaporkan ibu kanak-kanak itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap taska tersebut yang didakwa mengabaikan anaknya yang ditinggalkan bersama beberapa orang kanak-kanak lain di sebuah bilik tanpa pengawasan.

A Asmadi turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan tidak menularkan artikel tersebut kerana ia boleh mendatangkan ketidakharmonian serta mengganggu siasatan polis.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kanak-kanak-seusia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.050795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list