CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Terengganu] Nana tak sihat tapi setia ziarah pusara tuan

[Copy link]
Post time 9-4-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

NANA setia mengunjungi pusara Allahyarham Ab Aziz Ismail di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paloh. FOTO ihsan Norhazlin Mohamat Nozi

Tanah Merah: Kisah kucing jantan diberi nama Nana pernah tular tiga tahun lalu kerana kesetiaannya mengunjungi pusara pemiliknya, Allahyarham Ab Aziz Ismail di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paloh di sini.

Sehingga kini, Nana yang berusia sembilan tahun masih dengan rutin yang sama namun tidak sekerap dulu.

Ia kerana Nana tidak sihat seperti dulu malah tidak berselera makan selepas terbabit dalam kemalangan pada akhir 2021.

Berkongsi perkembangan terkini, menantu kepada Allahyarham Ab Aziz, Norhazlin Mohamat Nozi, 27, berkata, Nana masih dipelihara oleh mentuanya, Hasnah Che Amat, 70.

Bagaimanapun, adik iparnya, Azfar Abd Aziz, 30, membantu menjaga Nana ketika kerana ibu mentuanya menunaikan umrah di Tanah Suci.

"Dulu Nana memang sihat malah sering ikut kami ke tanah perkuburan untuk ziarah pusara ayah dan ada ketikanya, Nana pergi sendirian.

"Entah macam mana, Nana terbabit dalam kemalangan dan kami sekeluarga hanya tahu selepas Nana pulang ke rumah dengan mulut berdarah.

"Selepas itu, kami ada bawanya ke klinik veterinar untuk dapatkan rawatan dan doktor maklumkan keadaannya okay cuma nampak dia tak aktif macam dulu malah banyak tidur. Ia juga ada kaitan dengan usianya yang sudah tua," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Walaupun keluarganya tidak banyak berkongsi perihal Nana, Norhazlin berkata, masih ada yang ambil tahu mengenai kucing berkenaan.

"Selalunya orang kampung yang akan tanya mengenai Nana jika dah lama tak nampak Nana.

"Mana tidaknya, ayah selalu bawa Nana bersama ke masjid dulu jadi orang kampung sudah kenal Nana.

"Apa pun, kami sekeluarga bersyukur kerana Nana masih ada dengan kami dan tidak pernah hilang," katanya.

Terdahulu, Harian Metro pernah melaporkan kisah Nana yang dilihat mengunjungi pusara terletak kira-kira lima meter dari rumah pemiliknya setiap pagi.

Selain menziarahi kubur, Nana turut menghabiskan masa di atas kereta peninggalan selain buaian yang menjadi tempat kegemaran pemiliknya.

Nana dijaga keluarga berkenaan sejak dilahirkan dan menjadi haiwan kesayangan Ab Aziz yang meninggal dunia pada Julai 2018, akibat komplikasi buah pinggang

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -ziarah-pusara-tuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.033223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list