CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Harga juadah mahal, bazar Ramadan lengang

[Copy link]
Post time 9-4-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar suasana lengang di sebuah bazar Ramadan di Shah Alam.



PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa kerana harga makanan di bazar Ramadan yang didakwa semakin tidak masuk akal.

Menerusi video yang dikongsi M Ruh Naim turut memaparkan suasana lengang berlaku di sebuah bazar Ramadan di Shah Alam yang dikunjunginya.

“Peniaga lebih ramai daripada pelanggan. Nak sokong, tetapi harga biarlah berbaloi. Semoga dipermudahkan,” katanya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan harga di bazar Ramadan yang semakin mahal.

“Sesetengah tempat karipap RM1.50, goncang dengar isi di dalam,” kata Amalrasul.

“Rangka ayam RM5 agak-agaklah. Contoh yang lain harga tinggi ada saja yang masih berbaloi,” ujar Anakin Skywalker.

Tidak kurang juga orang ramai yang berpendapat desakan ekonomi yang semakin mencabar membuatkan peniaga terpaksa menaikkan harga kerana kos membeli bahan mentah juga tinggi.

“Bukan tak mahu letak harga rendah, tapi kos bahan mentah dah naik,” ujar Suri. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ar-ramadan-lengang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2023 03:52 PM | Show all posts
Jika harga terlalu tinggi, memang tidak dibeli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069730 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list