CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki mengamuk guna kayu akibat dibuang kerja

[Copy link]
Post time 10-4-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode

Suspek sudah pun dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Jumaat lalu.

Kuala Lumpur: Tertekan hilang pekerjaan dan marahkan jirannya yang didakwa kerap membuat bising menjadi punca seorang penganggur memecahkan cermin kereta milik jirannya itu menggunakan kayu.

Dalam kejadian jam 5 petang, Khamis lalu, pemilik kereta iaitu seorang suri rumah berusia 20 tahun ternampak suspek sedang memecahkan kesemua cermin keretanya di Taman Puchong Perdana, Puchong di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata, ekoran aduan diterima polis berjaya menangkap suspek di tempat kejadian dan merampas sebatang kayu digunakan suspek.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek mengalami tekanan jiwa selepas hilang pekerjaan selain melepaskan geram kerana jirannya selalu membuat bising.

"Semakan lanjut mendapati suspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Suspek sudah pun dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Jumaat lalu.

"Dia mengaku salah terhadap pertuduhan dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,300," katanya tadi.

Bagaimanapun, katanya lelaki itu gagal membayar denda ditetapkan mahkamah, justeru dia ditahan di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Terdahulu, tular satu rakaman video kejadian itu di media sosial menunjukkan seorang lelaki sedang memecahkan cermin sebuah kereta dengan sebatang kayu.

Menerusi rakaman video berdurasi 45 saat itu, suspek dilihat hanya berseluar tiga suku tanpa memakai baju ketika melakukan perbuatan itu,

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kibat-dibuang-kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list