CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Kelantan] Mudir didakwa cabul kanak-kanak lelaki

[Copy link]
Post time 10-4-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Seorang mudir pusat tahfiz khas untuk etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak lelaki, 1 April lalu.

Tertuduh, Abu Toyub Umor Abbas, 58, yang juga etnik Rohingya kelihatan menangis ketika membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya berusia 11 tahun tiga bulan.

Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik di sebuah pusat tahfiz khas untuk etnik Rohingya di sini, jam 3 pagi pada 1 April 2023.

Pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam, Rozihan Othman.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh seorang warganegara asing yang mencari suaka atau tempat perlindungan di negara ini.

"Tertuduh memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan didapati masuk ke negara ini secara haram serta tidak ada sebarang rekod keluar dan masuk selepas berada di sini.

"Kemungkinan besar tertuduh boleh melarikan diri atau mengganggu kanak-kanak itu berikutan hubungannya dengan mangsa adalah guru dan pelajar," katanya.

Sementara itu, Rozihan memohon anak guamnya diberi ikat jamin untuk menjamin kehadirannya ke mahkamah.

"Sekiranya tertuduh melarikan diri, wang ikat jamin yang dibayar masih selamat di dalam jaminan pihak mahkamah.

"Tertuduh membuka pusat tahfiz itu sejak lima tahun lalu dan perlu menyara seorang isteri serta seorang anak," katanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk lantikan jurubahasa.

ABU Toyub dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anak-lelaki-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056687 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list