View: 296|Reply: 0
|
[Selangor]
Pakej ‘atas angin’ punca jemaah gagal terbang
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/sprm-umrah.jpeg)
SEBAHAGIAN mangsa umrah hadir di SPRM bagi memohon siasatan salah sebuah syarikat agensi umrah di SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
PETALING JAYA: Tindakan sebahagian agensi yang menawarkan pakej secara ‘atas angin’ disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan jemaah-jemaah terlibat tidak dapat menunaikan umrah.
Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harun KC Ahmu berkata, agensi pelancongan terbabit wajib melunaskan janji mereka seperti mana dipromosikan walau apa keadaan sekali pun kerana pelanggan sudah membayar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
“Tidak sepatutnya timbul isu berkaitan tiket terbang dan hotel tiada. Setiap agensi pelancongan mesti jujur dan amanah, malah apabila menjual pakej mesti yang ada bukan ‘atas angin’. Jika tidak, wujudlah isu-isu dilaporkan baru-baru ini.
“Sekiranya setiap agensi pelancongan mengikut tatacara yang betul dalam menjalankan urus niaga sudah pasti masalah-masalah tersebut tidak akan timbul dan saya pasti industri pelancongan termasuk penerbangan umrah akan berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, sebuah syarikat pengendali umrah dan haji terus menjadi perhatian apabila sekumpulan bakal jemaah yang membuat tempahan umrah dengan agensi berkenaan tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.
Nama agensi berkenaan sering disebut-sebut sejak akhir-akhir ini selepas timbul pelbagai dakwaan daripada mangsa yang mengatakan mereka gagal diterbangkan untuk menunaikan umrah.
Sementara itu, Harun berkata, masyarakat yang sudah menjadi mangsa kepada mana-mana agensi pelancongan tidak bertanggungjawab perlu membuat laporan ke pihak berkuasa bagi menuntut wang-wang mereka.
Katanya, ia juga menjadi tanggung jawab agensi pelancongan sepenuhnya untuk memulangkan balik wang pelanggan yang dibayar.
“Saya juga ingin menasihatkan masyarakat jangan terlalu percaya kepada promosi ‘luar biasa’ dilakukan sebahagian agensi tetapi sebaliknya meakukan semakan latar belakang syarikat berkenaan sebelum membuat apa-apa bayaran,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... maah-gagal-terbang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|